Cipta Digital Produk dengan MySifu Marketplace

MySifu Digital Marketplace

MySifu Marketplace ialah pasar digital yang membolehkan anda menjadi penjual (vendor) produk digital anda sendiri. MySifu menggunakan enjin e-dagang WooCommerce bagi menyokong pengendalian produk digital dan proses muat turun.

Berikut adalah panduan untuk menambahkan produk digital dengan MySifu Marketplace:

Langkah 1: Daftar dan pilih Pelan Vendor MySifu Marketplace jika anda masih belum menjadi ahli MySifu. Untuk melakukannya, masuk ke laman pemuka utama MySifu dan klik butang “Daftar Sekarang”. Pendaftaran Pelan Vendor adalah percuma sepanjang hayat! Selepas mendaftar, anda boleh klik menu “Vendor Dashboard” di bahagian atas kanan pemuka utama MySifu.

Laman Utama Vendor Dashboard

Langkah 2: Tambahkan produk digital anda di laman utama Vendor Dashboard dengan mengklik menu “Products” di sidebar kiri. Di sana, klik butang “Add new product” dan satu paparan window maklumat produk akan tersedia. Isi butiran produk digital anda seperti nama produk, penerangan ringkas produk, ketetapan harga, kategori dan tag. Anda diwajibkan memuat naik beberapa imej produk digital anda untuk tatapan umum. Setelah selesai, klik butang “Create product” untuk meneruskan proses mengedit produk baru anda.

Tambah Produk Baru Digital

Langkah 3: Di paparan window pemuka “Edit Product”, klik untuk menanda kedua-dua kotak pilihan “Downloadable” dan “Virtual” sebagai menyatakan bahawa produk anda ialah “Produk Digital”. Ini akan memunculkan pilihan untuk memuat naik fail digital.

Langkah 4: Muat naik fail digital anda (contoh: PDF file) di bahagian ruangan “Downloadable Options”. Klik butang “Add File” untuk memuat naik fail digital tambahan. Pilih fail digital dari komputer anda dan klik “Save”.

Nota: Sekiranya produk digital anda merupakan fail Prompt (Stable Diffusion/DALL.E/Midjourney/GPT), sila gunakan templat dokumen Word yang disediakan. Anda boleh edit dokumen templat Word tersebut dengan maklumat spesifik produk, dan menyimpan semula sebagai dokumen PDF untuk tujuan penyerahan kepada pembeli (muat turun fail digital).

Muat naik fail digital untuk kegunaan pembeli

Langkah 5: Terbitkan produk selepas anda mengisi semua butiran produk, dan klik “Save Product” untuk memperoleh kelulusan produk digital di stor dalam talian anda. Proses kelulusan akan mengambil masa lebih kurang 3-6 jam bagi memastikan ke semua maklumat adalah tepat dan mematuhi panduan kelulusan MySifu Marketplace.

Kesimpulannya, dengan MySifu Marketplace, menambahkan produk digital ke laman stor anda sangat mudah. Ikuti panduan ini dan anda dapat memperolehkan produk digital anda dalam masa yang singkat. Jangan lupa untuk mempromosikan produk digital anda di rangkaian sosial untuk menjangkaui lebih ramai pembeli yang berpotensi.

Tiket Sokongan

MySifu menyediakan sokongan bantuan teknikal melalui Tiket Sokongan untuk semua ahli, dan sokongan tambahan untuk ahli Premium.

Scroll to Top
MySifu

FREE
VIEW