Home > Uncategorized > Sazali Abdul Samad raih emas di Sukan Pantai Asia

Sazali Abdul Samad raih emas di Sukan Pantai Asia

December 12th, 2010 Leave a comment Go to comments

SAZALI sumbang pingat emas pertama negara kelmarin.



JUARA Mr. Universe enam kali, Sazali Abdul Samad menyumbang pingat emas pertama Malaysia melalui acara bina badan kategori lightweight 70 kilo- gram pada temasya Sukan Pantai Asia Kedua Muscat 2010 yang berlangsung di Qurum National Park Amphitheater, Oman malam kelmarin.

Aksi Sazali yang penuh berkeyaki- nan ternyata menjadi tumpuan penon- ton dan mendapat tepukan gemuruh ketika melakukan persembahan gaya bebas dengan latar belakang muzik yang menggabungkan tema filem Robocop dengan runut bunyi filem klasik lakonan Arnold Schwarzenegger, Conan the Barbarian.

“Saya teruja beraksi buat julung kalinya pada temasya Sukan Pantai Asia ini dan seterusnya muncul juara.

“Ini merupakan gelaran terbaru sebagai tambahan kepada kejuaraan yang telah saya raih dalam karier sukan bina badan dan saya rasa sungguh gembira dan puas,” katanya dalam satu kenya- taan yang dikeluarkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semalam.

Nguyen Hai Au dari Vietnam meme- nangi pingat perak manakala Somsri Turimthaisong dari Thailand pula meraih gangsa.

Anggota polis berpangkat sarjan mejar berusia 43 tahun itu memenangi kejuaraan Mr. Universe pada tahun 2000, 2004, 2006, 2007, 2009 dan 2010.

Dia juga merupakan juara Mr. Asia tujuh kali (1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009 dan 2010) dan dua kali meme- nangi Kejohanan Persekutuan Bina Badan Dunia (2009 and 2010).

Ketua kontinjen negara, Datuk James Selvaraj berkata, memang sukar digambarkan perasaan apabila mendengar lagu Negaraku berkumandang dan melihat Jalur Gemilang dikibarkan hanya selepas dua hari kejohanan.

“Kami datang ke Oman dengan kontinjen yang sangat kecil dan kami sudah pun memenangi satu pingat emas.

“Ia membawa petanda yang baik dan pencetus semangat buat atlet lain dalam kontinjen.

“Mudah-mudahan kami akan mendengar lagi lagu Negaraku berkumandang,” kata Selvaraj.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.