Home > Travel > Tasik Danau Toba, Medan, Indonesia

Tasik Danau Toba, Medan, Indonesia

December 19th, 2009 Leave a comment Go to comments

TASIK Danau Toba yang ketiga terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat dan Kanada adalah bekas kawah gunung berapi terbesar dunia dengan berkeluasan 100 kilometer panjang dan 30 kilometer lebar dengan kedalaman 450 meter.

Panomara indah tasik di Pulau Samosir itu terutama di waktu malam hanya dapat anda saksikan jika berkunjung ke Medan, Indonesia.

Medan memang penuh sejarah dan pelancong dapat melihat kehidupan asal kaum Batak yang satu ketika dulu sering dikaitkan dengan sejarah makan orang.

Saiz keluasan Pulau Samosir yang terbentuk akibat kesan letupan kuat Gunung Toba yang meletus sekitar lebih 2,000 tahun lalu adalah sebesar Singapura.

Medan terkenal dengan sejarah asal-usul keturunan Melayu kerana di sini letaknya Istana Maimoon dan Masjid Raya Al-Mashun yang menjadi bukti kesultanan Deli yang memerintah pada 1888.

Ia adalah bandar ketiga terbesar di Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya.

Ciri Istana Maimoon unik dan kaya dengan seni ukiran daripada dinding, serambi, balai mengadap hinggalah kepada perabotnya menyerlah nilai estetika tersendiri, malah berkait rapat dengan sejarah keturunan raja atau sultan di Indonesia.

Dari Kota Medan ke tasik Danau Toba, perjalanan mengambil masa empat jam dan anda perlu menyusuri beberapa pekan dan perkampungan penduduk di sepanjang jalan yang berliku dan bengkang-bengkok.

Walaupun beberapa kali terlelap kerana keletihan, segala penat dan letih terus lenyap sebaik saja menjejakkan kaki ke Danau Toba kerana dapat menyaksikan keindahan tasik terbesar di Asia Tenggara.

Sebelum malam melabuhkan tirainya, ambil peluang untuk melihat keindahan matahari terbenam ciptaan Ilahi dari balkoni bilik yang menghadap tasik.

Cuaca di sekitar tasik ini lebih dingin berikutan kedudukannya dikelilingi gunung dan bukit bukau, menjadikan suasana romantis bagi pasangan yang ingin berbulan madu.

Jika mahu melihat perkampungan dan corak hidup masyarakat Batak, kunjungi Kampung Ambarita dan Tomok.

Di dua perkampungan yang wujud ratusan tahun dulu itu turut menyediakan pelbagai cenderahati, termasuk baju-T, kraftangan diperbuat daripada kayu dan kalendar Batak untuk dibawa pulang sebagai kenangan.

Dalam perjalanan pulang melihat Gunung Sibayak di Berastagi, anda boleh singgah di Air Terjun Sipiso-piso yang membawa maksud pisau selain menyaksikan pemandangan penghujung Tasik Danau Toba.

Di pergunungan Berastagi, jangan lupa menikmati kelazatan buah-buahan tempatan seperti markisa, mangga, salak dan strawberi selain pokok bunga segar.

JADUAL PENERBANGAN AIRASIA KL-MEDAN

KL-MEDAN: 4x sehari penerbangan terus :

AK 936 0730-0720
QZ 8055 1205-1155
AK454 1700-1655
AK938 2110-2105

MEDAN-KL: penerbangan terus setiap hari :

AK937 0800-0955
QZ 8054 0940-1140
AK455 1725-1920
AK 939 2130-2330

PULAU PINANG-MEDAN-P PINANG: sekali sehari penerbangan terus :

QZ 8074 1650-1835 (P PINANG – MEDAN )
QZ 8075 1900-1845 ( MEDAN – P PINANG)

Info

LIMA sebab untuk pratempahan makanan:

# Dapat makanan yang anda inginkan
# Jimat 20 peratus apabila anda membuat pratempahan makanan
# Tiada lagi isu mata wang kerana baki ialah dalam Ringgit Malaysia, Rupiah Indonesia dan Thai Baht sahaja.
# Tiada lagi kerisauan kerana pramugari akan menghantar makanan terus kepada anda.
# Kemudahan pratempahan makanan kini disediakan bagi penerbangan AirAsia FD dan QZ selain AK dan D7.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.