5 Bandar Raya Itali
MENJEJAK kaki kali kedua di Itali, baru-baru ini memberikan pengalaman berbeza kepada penulis kerana kali ini, anak-anak sudah dewasa dan menjadikan kembara kami lebih mudah dan selesa.
Kembara ke Milan, Torino, Venice dan Florence sebelum ke Rome bermula dengan penerbangan KLM dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang mengambil masa 14 jam.
Perjalanan ke Milan sungguh meletihkan, terutama ketika transit satu jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Amsterdam, namun sedikit terubat dengan layanan mesra pramugari selain makanan lazat yang dihidangkan.
Kami tiba di Lapangan Terbang Malpensa, Milan kira-kira jam 9.10 pagi waktu Itali disambut kabus tebal dan suhu sejuk 1° Celsius yang membuatkan kesejukan terasa sehingga ke tulang, mujur jaket yang dibawa menjadi penyelamat.
Lapangan Terbang Malpensa, yang terbesar di Milan, terletak kira-kira 40 kilometer dari pusat bandar. Milan, bandar raya kedua terbesar di Itali juga mempunyai dua lagi lapangan terbang untuk penerbangan tambang murah dan domestik.
Malpensa dihubungkan dengan Lebuh Raya Milano-Varese selain disokong jaringan kereta api laju Malpensa Express yang boleh dinaiki dari Stesen Milan Cadorna untuk ke pusat bandar yang hanya mengambil masa 41 minit.
Kami memilih bas dan perjalanan amat selesa sekali kerana hanya kami sekeluarga penumpangnya, tetapi cuaca berkabus dan sejuk mengakibatkan berlaku kesesakan lalu lintas di sepanjang lebuh raya ke Milan.
Pemandangan sepanjang perjalanan amat mendamaikan, terutama dengan ladang anggur sepanjang laluan. Kami juga kagum dengan usaha rakyat Itali mempertahankan identiti mereka, terutama reka bentuk kediaman yang mengekalkan ciri bersejarah.
Setiba di Milan, apartmen yang lengkap dengan semua kemudahan menjadi tempat penginapan, amat memudahkan kami memasak makanan yang dibawa kerana agak sukar mendapatkan makanan halal di negara ini.
Di bandar ini, kebanyakan penduduk terutama generasi muda lebih selesa menunggang skuter dan ia ada kaitan dengan masalah kesesakan lalu lintas selain kesukaran meletak kenderaan berikutan kerancakan pembangunannya.
Pemandu pelancong kami memaklumkan kesesakan lalu lintas lumrah di Milan sehingga pihak pentadbiran turut memperkenalkan rangkaian sistem pengangkutan awam alternatif untuk memudahkan pergerakan penduduk serta pelancong.
Wanita yang sudah 20 tahun menetap di pinggir Milan itu berkata, Milan dalam bahasa Itali dipanggil Milano dan kini semakin padat dengan jumlah penduduknya lebih 7.4 juta orang.
Nama bandar ini dipercayai terhasil daripada perkataan Inggeris `millinery’ merujuk kepada topi wanita, selari dengan jolokan bandar raya itu sebagai kota fesyen terkemuka dunia dan lubuk rezeki pendatang asing yang semakin bertambah.
Jika Rome digambarkan sebagai wajah tua Itali, Milan pula membawa imej bandar raya paling moden, namun pentadbirnya masih mengekalkan kesan sejarah supaya seiring dengan pembangunan dicapai.
Antara lokasi wajib disinggahi ialah Castello Sforzesco, istana dibina pada 1368 oleh Gian Galeazzo Visconti sebagai kubu untuk mempertahankan bandar raya itu daripada serangan musuh.
Ia kemudian diperbesarkan oleh arkitek tentera Magatti atas arahan Visconti sebelum musnah pada 1447 akibat peperangan, tetapi dibina semula pada 1450 di bawah pemerintahan Francesco Sforza.
Pada 1500, apabila era pemerintahan Sforza tamat, bangunan itu dikembalikan kepada tentera dan selepas transformasi berterusan bermula 1893, ia dijadikan institut kebudayaan dan menyimpan pelbagai artifak bersejarah Milan.
Kami kemudian dibawa tempat santai tumpuan di Duomo Square serta melihat Gereja Gothic berusia lebih 200 tahun dengan reka bentuk unik dan lambang nilai sejarah Milan yang masih kekal utuh walaupun kini pesat membangun.
Kembara di Venice pula disajikan pemandangan amat cantik dan nyaman dengan pelancong boleh bersiar-siar menggunakan bot yang dipanggil teksi air, manakala yang rajin boleh berjalan kaki.
Kami juga melawat kilang membuat kaca terkenal dan menaiki bot ke pulau kecil lain serta tidak melepaskan peluang menaiki gondola yang amat popular di dunia dengan pengendalinya akan menyanyi sepanjang bersiar-siar mengelilingi Venice.
Sebut apa saja jenama fesyen terkenal Itali yang terlintas di benak anda, semuanya ada di sini, harganya mahal tetapi berbaloi – hanya untuk mereka yang berkemampuan!
Kesempatan sejam meronda sekitar bandar raya ini membolehkan penulis melihat pelbagai barangan kulit, namun tiada satu pun mampu dibeli kecuali cenderahati sebagai tanda kenangan.
Bayangkan sepasang kasut, beg tangan dan dompet jenama Prada atau Louis Vuitton, harganya mencecah RM3,000 hingga RM5,000, angka di luar jangkauan penulis yang sekadar mampu melihat.
Kami kemudian menaiki kereta api ke Florence untuk meninjau Menara Condong Pisa yang mengikut catatan di galeri penerangannya, akan mencondong beberapa millimeter setiap 50 tahun.
Bandar dan suasana kehidupan tempat ini amat mengamit perasaan, cukup tenang dan tiada kesesakan trafik. Hanya beberapa jam kami singgah di Florence sebelum bertolak ke Rome dan di kota ini, hati terus terpesona dengan kesan sejarah Itali.
Bagi penulis, rakyat Itali memastikan kemajuan yang dicapai perlu seiring dengan kehidupan dan mereka tidak terlalu tamak untuk maju sehingga sanggup mengorbankan nilai sejarah, bahasa dan tradisi yang kekal dipegang kuat.
p4LhDN arejjugfxlyg, [url=http://nxipxkgcirkr.com/]nxipxkgcirkr[/url], [link=http://uqmxxfzyncpa.com/]uqmxxfzyncpa[/link], http://llidwbdqlurs.com/
Finally, an issue that I am passionate about. I have looked for information of this caliber for the last several hours. Your site is greatly appreciated.
found your site on del.icio.us today and really liked it.. i bookmarked it and will be back to check it out some more later