Archive

Posts Tagged ‘Tempat Menarik Cameron Highland’

Tempat Menarik Cameron Highland: BHARAT TEA PLANTATION

December 12th, 2010 No comments


Pengunjung yang melalui Tapah ke Cameron Highlands pastinya akan menikmati satu pemandangan ladang teh yang menarik kira-kira 5km sebelum sampai bandar Tanah Rata. Itulah ladang teh milik syarikat Bharat Tea Plantation Sdn Bhd. Ia adalah salah satu dari 3 ladang teh yang boleh dilawati di Cameron Highlands selain ladang Boh di Ringlet dan Sg Palas. Ladang teh ini selalu dilawati pengunjung tidak kira musim cuti atau tidak. Ini kerana lokasinya amat mudah ditemui, hanya ditepi jalan besar sahaja. Manakala ladang teh milik Boh Plantation agak jauh dari jalan besar.

Ladang teh nie ada 2 tempat masuk, seperti gambar dibawah adalah tempat parking, pusat jualan dan cafe. Jika makan dicafe, boleh melihat pemandangan ladang teh yang menarik, tapi agak menakutkan bagi sesiapa yang takut ketinggian.

Pintu masuk lagi satu, boleh turun ke bawah dan berjalan-jalan di ladang teh sambil ambil gambar. Kat situ pun ada pusat jualan dan cafe.

Kedai menjual cenderamata dan teh.

Cafe yang mempunyai pemandangan yang menarik berlatarbelakang ladang teh.

Ladang teh saujana mata memandang.

Anak sungai melalui ladang teh tersebut.

Pemandangan ladang teh dari sudut yang lain.

Sudut yang lain jugak.

Kilang teh. Bharat tea tidak membenarkan pelawat memasuki kilang teh ini. Pengunjung boleh melawat kilang teh di Boh plantation Ringlet dan Sg Palas.

Pusat jualan teh.

Tempat Menarik Cameron Highland: BIG RED STRAWBERRY FARM

December 12th, 2010 No comments

Salah satu tempat menarik yang pasti dikunjungi di Cameron Highlands ialah Big Red Strawberry Farm. Pamplet mengenainya anda boleh dapati di hadapan Pasaraya Jimat di Brinchang, maklumlah tokeh pasaraya dengan Big Red Strawberry Farm in adalah orang yang sama. Dari jalan besar, anda masuk simpang di hadapan Hotel Star Regency, jalan terus hingga jumpa Restoren Nassya. Kat situ akan ada papan tanda besar menunjukkan lokasinya. Yang tak best tu, papan tanda tu betul-betul diatas tempat buang sampah!.

Bila anda memasuki lorong ke Big Red tu, anda akan nampak papan tanda satu lagi dan pusat informasi. Ada sorang bangla jaga dan akan bagi anda pamplet.

Dalam perjalanan tu juga anda akan sampai Cactus Valley. Kat sini (Cactus Valley) kalau nak masuk kena bayar, dewasa RM4.00. Anda terus je mendaki untuk ke Big Red.

Sepanjang perjalanan tu ada gerai jual cenderamata.

Bila dah jumpa papan tanda nie, bermakna sampailah anda. Parking kereta kat situ dan jalan terus menggunakan kaki la. Masuk adalah percuma.

Pasu bunga kalau sesiapa nak tanam bunga.

Benih bunga, RM3.00 sepeket. Sebelum beli tu kena fikir dulu, tak semua bunga boleh hidup kat luar Cameron.

Cactus untuk dijual.

Bapak cactus untuk dijual jugak. Saiz lebih besar dari bola sepak!.

Pokok bonsai bagi peminatnya.

Nak ambil gambar, masuk muka kat lubang tu, jadilah orang strawbeery.

Laluan masuk dihiasi pokok anggur kat atas bumbung.

Pokok strawberry tapi masih kecil lagi dan sebelah tu yang dah matang (berbuah).

Pokok salad ditanam secara hidrophonik. RM10 = 3 pokok

Pusat jualan dan tempat menjamu selera.

Minuman kegemaran aku, strawberry milk shake.

Alat permainan untuk bebudak.

Tempat Menarik Cameron Highland: TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

December 12th, 2010 No comments

Salah satu tempat tarikan pelancong di Cameron Highlands ialah Taman Agroteknologi Mardi. Amat mudah untuk sampai ke taman ini dan jarak dari Bandar Tanah Rata hanya lebih kurang 500 meter. Pengunjung boleh ke taman ini dengan melalui simpang Persiaran Dayang Indah di hadapan klinik kesihatan Tanah Rata dan jalan terus hingga menemui papan tanda masuk ke taman ini.

Bayaran dikenakan hanya Rm3.00 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak dan pelajar. Jika pengunjung datang dengan bas, bayaran hanya RM40.00 untuk satu bas. Dibuka setiap hari dari 8.00 pagi hingga 5 petang dan ditutup selama satu jam iaitu pada pukul 1.00 hingga 2.00 petang.

Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati di taman ini seperti ladang strawberry, ladang teh, kilang teh, petak fertigasi, jualan bunga dan cenderamata. Harga ditawarkan agak berpatutan dan harga adalah tetap sepanjang musim. Maknanya masa cuti atau tidak harga adalah sama, berbanding dengan tempat lain yang mana penjual boleh “main” harga jika berada pada musim cuti.

Jom kita tengok apa yang ada di sini.

Tempat masuk, kena beli tiket kat sini. Makanan ikan pun ada dijual untuk sesapa nak bagi makan ikan di kolam.

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

Ini peta untuk kemudahan pengunjung untuk menjelajahi taman ini.

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

Taman herba, betul-betul didepan pintu masuk. Jangan cari herba tongkat ali atau kacip Fatimah kat sini, sebab hanya herba Inggeris yang ada seperti oregano, pasley dan lain-lain.

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

Taman Inggeris dengan bunga-bunga yang cantik, kolam ikan dan jaga-jaga sebab ada sarang lebah kat pangkal pokok!

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

Pintu depan pejabat Mardi, ada skrin menunjukan suhu, pukul 12.30 tengahari dalam 21.5 darjah celcius.

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

Petak tanaman secara fertigasi, anak pokok masih kecil lagi, jadi nampak macam lapang je. Sekarang sedang ditanam tomato. 3 bulan akan datang, sesapa melawat taman ini bolehlah beli buah tomato murah.

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

Cerita pasal fertigasi, korang baca la sendiri (kalau ada mata boleh zoom la).

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

Kilang teh tertua di Malaysia. Di dalamnya mempamerkan mesin yang digunakan dalam penghasilan teh.

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

Pusat jualan barangan dan cenderamata, macam macam ada kat sini.

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

Pusat jualan bunga dan cactus. Ada pokok anggur untuk dijual dan kalau tanam kat bawah boleh hidup, kata orang yang jual tu la.

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

Cactus untuk dijual

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

Dalam pusat jualan bunga hiasan ada kolam ikan, tapi bukan untuk dijual.

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

Rumah orkid

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

Sesuai dengan pusat penyelidikan, Mardi juga menjalankan penyelidikan dalam bidang pertanian seperti plot anggur

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

Plot buah apple dan pir

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

Plot sayur-sayuran

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

Plot sayuran cili dalam kelambu.

Ladang strawberry yang menggunakan teknik fertigasi. Boleh beli buah strawberry kat sini,cuma tak boleh petik sendiri.