Archive

Posts Tagged ‘Pierre Andre’

Tania Hudson Tiramisu

January 7th, 2011 No comments

Pierre Andre Dan Sharifah Amini Kembali ‘Bercinta’

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Tania Hudson Tiramisu, Pierre Andre, Sharifah Amini
Pierre Andre dan Sharifah Amani

PETALING JAYA: Setelah sekian lama tidak menyaksikan gandingan mantap antarapelakon Pierre Andre dan Sharifah Amani sejak drama Cinderalla, kini mereka kembali bergandingan menerusi drama cinta, Tiramisu yang akan ditayangkan di slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam.

Drama bersiri 28 episod terbitan FIlscape itu diarahkan oleh Faizal Ishan dan skripnya ditulis oleh Eddie Mazlan.

Tiramisu mengisahkan cinta antara dua teman rapat iaitu Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre) yang dikenali sejak zaman persekolahan.

Dani merupakan seorang pelajar yang sering menjadi perhatian oleh pelajar-pelajar perempuan di sekolahnya, tetapi tidak pula buat Melur.

Tania Hudson Tiramisu, Pierre Andre, Sharifah Amini
Tania Hudson

Personaliti Melur yang berbeza berbanding pelajar perempuan lain membuatkan Dani ingin berkenalan dan mendampingi Melur.

Kedua-dua mereka mula rapat setelah Dani cuba mengatasi masalah Melur yang sering diganggu oleh pemiutangnya.

Keserasian mereka membuatkan Dani dan Melur mula menyimpan perasaan terhadap diri masing-masing tetapi enggan memikirkan tentang cinta kerana usia masih lagi muda.

Tania Hudson Tiramisu, Pierre Andre, Sharifah Amini
Zain

Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang tukang masak pastry walaupun bunya, Gai (Shiela Mambo), mengharapkannya untuk menjadi seorang peguam yang berjaya.

Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuat kek Tiramisu. Akhirnya Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.

Sebelum Dani menyambung pelajarannya ke London, Dani berjanji pada Melur, sekiranya mereka masih lagi bujang di usia 28 tahun, mereka akan berkahwin.

Bagaimanapun, selepas Dani ke London, perhubungan mereka menerusi emel hanya seketika dan hubungan mereka terputu dan membawa haluan masing-masing.

Setelah beberapa tahun berlalu, Dani kembali ke tanah air sebagai pastry Chef terkenal di London dan dia bercadang untuk membina nama pula di Malaysia.

Pada masa yang sama Dani ingin mencari Melur, namun dia telah pun berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan dulu mula menaruh harapan agar Dani jatuh cinta padanya

Mohd Faizal Yusup Meninggal Dunia di Pusrawi

January 1st, 2011 No comments

Faizal Yusup Meninggal Dunia

Gambar Mohd Faizal Yusup

KUALA LUMPUR: Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.

Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul.

Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.

“Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu.

Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat.

Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital.

Sementara itu, bekas isterinya, penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, yang ditemui berkata Faizal ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, tetapi anaknya tiada bersama Nana pada ketika itu.

Bagaimanapun, pada petang Sabtu, Nana mendapat panggilan telefon mengatakan Faizal dimasukkan ke hospital dan dia mahu melihat anaknya.

Berikutan itu, Nana sempat membawa Muhammad Rayyan ke hospital dan Faizal sempat berjumpa dengan anaknya itu.

Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.

Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Sentul, Sabtu dan dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi Ahad.

Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia

January 1st, 2011 No comments

Faizal Yusof meninggal dunia di PUSRAWI

Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia

Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di ibunegara akibat serangan jantung.

Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.

Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan.

Abang pelakon itu Shaiful Yusof, 34, yang ditemui di Tingkat 3, Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusrawi, berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves pukul 10 pagi esok.

Antara artis yang dilihat menziarah jenazah Allahyarham di hospital ialah pelakon Abby Abadi, Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Amyza Adnan dan Pierre Andre.

Sementara itu Abby Abadi yang ditemui, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Faizal adalah bulan lepas ketika mereka bermain futsal di Bukit Jalil.

“Dia seorang yang amat kelakar dan terkenal dengan sikap gila-gila dia. Ramai-ramai kawan yang pergi, dialah yang paling saya terasa kehilangannya,” katanya yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam drama Manjalara di TV3.