Archive

Posts Tagged ‘Norshahrul Idlan Talaha’

Safiq Rahim, Serah pada jurulatih K. Rajagobal

December 31st, 2010 No comments

Terpulang kepada coach

Safiq Rahim, Serah pada jurulatih K. Rajagobal

SAFIQ disambut dengan meriah oleh para penyokong Malaysia sejurus tiba di KLIA, Sepang semalam.


KAPTEN skuad kebangsaan pada Piala Suzuki AFF 2010, Safiq Rahim menyerahkan sepenuhnya kepada jurulatih K. Rajagobal sama ada mahu dia terus kekal menggalas tugas tersebut, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.

Biarpun baru memakai lilitan lengan selaku ketua pasukan pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China bulan lalu, Safiq, 23, telah mencipta sejarah tersendiri.

Namun, timbul persoalan sama ada Rajagobal akan terus memberikan peranan tersebut kepada Safiq atau memulangkan semula lilitan lengan kepada Aidil Zafuan Radzak atau Norhafiz Zamani Misbah.

Aidil, 23, sebelum ini merupakan pemain yang sering diberi peranan kapten jika Zamani, 29, tidak dipanggil Rajagobal.

Kecederaan panjang kedua- dua pemain pertahanan tengah itu telah membuka ruang buat Safiq bergelar kapten baru di samping Norshahrul Idlan Talaha sebagai penolong kapten.

“Kekal sebagai kapten atau tidak, itu saya tak boleh nak komen. Keputusan itu terletak di tangan coach (jurulatih).

“Saya bersedia jika dikekalkan sebagai kapten kerana memiliki pengalaman pada Sukan Asia 2010 dan Piala Suzuki AFF.

“Tetapi apa yang lebih penting adalah kerjasama sepasukan oleh semua pemain dalam skuad ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, tiada istilah rehat buat Safiq dan lima lagi pemain kebangsaan iaitu Safee Sali, Amri Yahyah, Asraruddin Putra Omar, Amirulhadi Zainal dan Razman Roslan.

Mereka akan terbang pula ke Perth, Australia esok untuk lati- han pramusim skuad Liga Super Selangor selama sembilan hari sebelum Liga Malaysia 2011 bermula 29 Januari depan.

Norshahrul Idlan Talaha, Penyerang Berbisa Malaysia

December 27th, 2010 No comments

Image

Nama : Norshahrul Idlan Talaha
Tarik Lahir : June 8, 1986 (1986-06-08)
Tempat Kelahiran :Terengganu, Malaysia

Aksi Norshahrul Idlan Talaha, Penyerang Berbisa Malaysia sewaktu Malaysia lawan Manchester United.
Norshahrul Idlan Talaha - Malaysia XI v Manchester United

Aksi Norshahrul Idlan Talaha, Penyerang Berbisa Malaysia sewaktu Malaysia lawan Manchester United.
Norshahrul Idlan Talaha - Malaysia XI v Manchester United

Aksi Menentang Indonesia di Stadium Bukit Jalil:

Norshahrul Idlan Talaha beraksi menentang Indonesia

Aksi Atas pelamin sehari sebelum perlawanan menentang Indonesia:

Siti Aisya Adam, isteri Norshahrul Idlan Talaha, Gambar Siti Aisya Adam

Norshahrul Idlan Talaha berkahwin dengan Siti Aisya Adam di Kota Bharu, Kelantan, 25 Dis 2010

Norshahrul Idlan Talaha (born on June 8, 1986 in Besut, Terengganu) is a Malaysian footballer who is currently plays as a striker for Kelantan FA and the Malaysia national football team.

Norshahrul has played for the Malaysia national youth team for 2004 AFC Youth Championship. He is also one of the Malaysia under 23 players that won the 2007 Merdeka Tournament. He made his full international debut against Bahrain on October 28, 2007 after coming in for Sumardi Hajalan.

On 12 July 2009, Norshahrul scored his first senior international goals in an unofficial match against Zimbabwe. He later score his first full international goal against Lesotho on 11 September 2009.

He was part of the Kelantan’s 2010 Malaysia Cup winning team. Norshahrul won two awards at the 2010 Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM as the Best Forward and Most Valuable Player.

In November 2010, Norshahrul was called up to the Malaysia national squad by coach K. Rajagopal for the 2010 AFF Suzuki Cup. Norshahrul scored 2 goals for Malaysia that time, one was a 5-1 loss against Indonesia and a 5-1 victory against Laos.

Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) pindah venue final kedua?

December 26th, 2010 No comments

AFF ancam Indonesia pindahkan venue final kedua

2010/12/25

JAKARTA: Minat besar penyokong Indonesia untuk menyaksikan pasukan nasional mereka beraksi dalam perlawanan kedua Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta menentang Malaysia mungkin tidak menjadi kenyataan apabila sekumpulan penyokong merusuh dan merosakkan beberapa kemudahan di stadium itu petang ini.

Sehubungan itu, Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) memberikan amaran kepada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) kerana kekecohan yang dilakukan oleh penyokong Indonesia, selepas mereka hilang kesabaran ketika menunggu giliran untuk membeli tiket di stadium itu.

“Tiga jam yang lalu, AFF telah menghubungi saya dan memberi amaran keras. Jika stadium dirosak orang ramai, maka pertandingan final kedua tidak akan dilaksanakan di Gelora Bung Karno,” kata Ketua PSSI, Nurdin Halid di Kuala Lumpur yang diwawancara secara langsung oleh TVOne pada 4 petang tadi.

“Kerana itu, saya mohon supaya penyokong dapat kembali tertib dalam menunggu giliran membeli tiket kerana jika benar pertandingan final kedua itu nantinya dilakukan di tempat neutral, pasti akan merugikan pasukan kita,” katanya.

Beliau mendapat laporan bahawa penyokong yang dikumpulkan di dalam stadium tersebut berjumlah kira-kira 50,000 orang, sementara tiket kelas 3 berharga Rp50,000 yang dijual hari ini hanya berjumlah 30,000 saja.

“Jadi pasti ada yang akan tidak mendapat tiket, tapi jangan khuatir kerana kami menyediakan layar lebar di luar stadium supaya penyokong tetap dapat menyaksikan pertandingan ini,” katanya.

Menurut Nurdin, kekecohan itu didorong beberapa provokator sehingga penyokong tidak dapat membeli tiket seperti pembelian tiket pada hari-hari sebelumnya.

Pengelola Stadium Gelora Bung Karno, M Nigara, mengaku beliau terkejut dengan tingginya harapan masyarakat untuk menonton perlawanan akhir Piala AFF itu.

Had kapasiti stadium, katanya, tidak dapat menampung lebih daripada 83,000 penyokong dan sehubungan itu beliau meminta mereka dapat nenerima hakikat itu.

Penyokong yang dibenarkan berada di dalam stadium sementara menunggu giliran membeli tiket, tiba-tiba merusuh yang dipercayai berpunca daripada mereka hilang sabar akibat keletihan menunggu sejak semalam dan pagi ini.

Mereka merosakkkan pagar penghadang dan rumput padang dan dalam keadaan itu, beberapa di antara mereka pengsan kerana mungkin keletihan kerana datang untuk membeli tiket sejak semalam dan menginap di luar stadium.

Mereka juga tidak menghiraukan cuaca panas dan hujan semasa menunggu giliran membeli tiket. – BERNAMA

Malaysia Benam Indonesia 3-0

Mohd Safee Mohd Sali (kanan) dan Zulkifli Syukur dari Indonesia bersaing untuk merebut bola ketika perlawanan final pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad. Malaysia menewaskan Indonesia dengan 3-0.

Mohd Safee Mohd Sali (kanan) dan Zulkifli Syukur dari Indonesia bersaing untuk merebut bola ketika perlawanan final pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad. Malaysia menewaskan Indonesia dengan 3-0.

KUALA LUMPUR: Malaysia menewaskan seteru jiran, Indonesia 3-0 menerusi dua jaringan penyerang, Mohd Safee Mohd Sali dan satu gol sumbangan, Anshari Shamsuddin pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Malaysia kini memiliki berbekalkan selesa menjelang pertemuan timbal balik di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, 29 Disember ini. Keputusan perlawanan: Malaysia 3 – 0 Indonesia

Mohd Safee Mohd Sali meraikan gol jaringannya ketika Malaysia bertemu Indonesia pada perlawanan final pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad. Malaysia menundukkan Indonesia 3-0

Mohd Safee Mohd Sali meraikan gol jaringannya ketika Malaysia bertemu Indonesia pada perlawanan final pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad. Malaysia menundukkan Indonesia 3-0