Archive

Posts Tagged ‘Malaysia 3 Indonesia 0’

Rajagobal lega, Riedl malu besar, Malaysia 3 Indonesia 0

December 27th, 2010 No comments

Rajagobal lega, Riedl malu besar

PENJAGA gol Indonesia, Markus (dua dari kiri) terpaksa bekerja keras untuk menyelamatkan gawangnya daripada terus diancam penyerang Malaysia pada perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Malaysia menang 3-0.

PENJAGA gol Indonesia, Markus (dua dari kiri) terpaksa bekerja keras untuk menyelamatkan gawangnya daripada terus diancam penyerang Malaysia pada perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Malaysia menang 3-0.

JURULATIH Indonesia, Alfred Riedl akhirnya terpaksa akur untuk kembali berpijak di bumi nyata tatkala jurulatih Malaysia, K. Rajagobal pula terus dengan sikap tenang dan rendah dirinya.

Biarpun gembira dengan kejayaan membelasah Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 malam tadi, Rajagobal masih belum mahu berasa puas kerana beliau sedar tugas mereka belum selesai.

Beliau mahu menyelesaikan dahulu baki 90 minit aksi final kedua di Jakarta, Rabu ini.

“Final belum berakhir lagi. Kita tetap kena fokus baki 90 minit aksi di Jakarta. Tetapi secara jujur memang saya optimis kita boleh menang di Kuala Lumpur ini.

“Ini kerana, Indonesia menang kesemua lima perlawanan sebelum ini hanya dengan beraksi di Jakarta. Ini aksi pertama mereka di gelanggang luar.

“Kita menang 3-0. Tetapi sepatut- nya boleh 4-0 kerana jelas saya nampak Kunanlan dijatuhkan pada masa kecederaan dan sepakan penalti wajar diberi,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Ditanya adakah Malaysia akan beraksi secara bertahan pada Rabu ini, Rajagobal berkata ringkas: “Tidak. Kita akan main seperti biasa. Kita takkan boleh bertahan sepanjang 90 minit.”

Sementara itu, nada Riedl pada sidang media tersebut seakan mengakui kehebatan pasukan Malaysia tetapi tetap mengharapkan keajaiban pada aksi kedua nanti.

“Tahniah Malaysia kerana menang. Perlawanan ini biasa sahaja sehinggalah Malaysia mendapat gol pertama.

“Ia telah mengubah segalanya. Malaysia bertambah yakin manakala pertahanan kami semakin keliru.

“Memang aksi terhenti pada minit ke-53 itu memberi kesan kepada kami. Tetapi ketinggalan 0-1 itu lebih memberi kesan sebenarnya.

“Untuk aksi kedua di Jakarta, memang tampak cukup sukar. Tetapi apa pun boleh terjadi, mungkin kami boleh menang 4-0 atau menang 5-1 seperti sebelum ini,” jelas Riedl.

Koran Indonesia: PIala AFF Suzuki, Jupe Janji Balas Laser dengan BH

December 26th, 2010 No comments

Jupe Janji Balas Laser dengan BH

Minggu, 26 Desember 2010 | 21:23 WIB

Artis  Julia Perez atau akrab disapa Jupe akan mendukung langsung Indonesia  saat lawan Filipina di semifinal kedua Piala AFF 2010, Minggu

KOMPAS IMAGES/BANAR FIL ARDHI

Artis Julia Perez atau akrab disapa Jupe akan mendukung langsung Indonesia saat lawan Filipina di semifinal kedua Piala AFF 2010, Minggu (19/12/2010).

JAKARTA, KOMPAS.com – Aktris Julia Perez ternyata juga geram saat para pemain Timnas Indonesia diganggu sinar laser saat melawan Timnas Malaysia di Stadion Bukit Jalil, Minggu (26/12/2010) malam. Jupe, berkomentar, seraya mengungkapkan kekesalannya atas sikap tidak sportif penonton Malaysia lewat akun Twitter-nya.

Mau tau apa komentar Jupe yang ia buat di akun twiternya @juliaperrez sekitar satu jam lalu? Entah serius atau hanya bergurau, ia menulis, “Biarin aja di curang pake laser… Nanti pas tanding di INA. Jupe pake BH doang biar pada buta tuh mata liat gunung kembar gue…”

Sinar laser yang teru diarahkan suporter Malaya ke muka kiper Markus Harison memang mengganggu pertandingan. Bahkan pada menit ke-54 wasit sempat menghentikan pertandingan selama beberapa menit setelah diprotes tim Indonesia. Pelatih Timnas Indonesia Alfred Riedl sampai menuju pinggir lapangan sebelum pasukannya keluar lapangan (walkout).

Setelah pertandingan diteruskan, tim Indonesia tak mampu menahan serangan Malaysia. Gawang Markus Harison pun dijebol tiga kali.

- Kompas.com

Gambar Pusingan Pertama Final Piala Suzuki AFF

December 26th, 2010 No comments

SKUAD bolasepak kebangsaan giat menjalani latihan di padang bolasepak Wisma FAM, Kelana Jaya sebagai persiapan untuk menentang Indonesia pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad ini. 24 Dis. UTUSAN/MOHD. NOOR AMIN

SKUAD bolasepak kebangsaan giat menjalani latihan di padang bolasepak Wisma FAM, Kelana Jaya sebagai persiapan untuk menentang Indonesia pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad ini. 24 Dis. UTUSAN/MOHD. NOOR AMIN

SEORANG anggota keselamatan menggunakan seekor anjing ketika membuat pemeriksaan keselamatan padang menjelang perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indonesia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 26 Dis. - Utusan/IZHAM JAAFAR

SEORANG anggota keselamatan menggunakan seekor anjing ketika membuat pemeriksaan keselamatan padang menjelang perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indonesia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 26 Dis. – Utusan/IZHAM JAAFAR

Akhbar Jawa Pos Indonesia Akhbar Jawa Pos Indonesia

Akhbar Jawa Pos Indonesia

SEBAHAGIAN daripada ribuan penyokong Malaysia membentuk

SEBAHAGIAN daripada ribuan penyokong Malaysia membentuk “lautan kuning” dan Jalur Gemilang ketika hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indonesia, di Kuala Lumpur, 26 Dis. – Utusan/SHAHRIL AZMAN ZAIN

PENYERANG kebangsaam, Noorshahrul Idlan Talaha (kanan) cuba melepasi pemain pertahanan Indonesia, Zulkifli Syukur ketika beraksi pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 26 Dis. - Utusan/SHAHRIL AZMAN ZAIN

PENYERANG kebangsaam, Noorshahrul Idlan Talaha (kanan) cuba melepasi pemain pertahanan Indonesia, Zulkifli Syukur ketika beraksi pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 26 Dis. – Utusan/SHAHRIL AZMAN ZAIN

Piala Suzuki AFF: Malaysia menang bergaya 3-0 ke atas Indonesia

KUALA LUMPUR: Malaysia menang selesa 3-0 ke atas Indonesia 3-0 pada final pertama Piala Suzuki AFF, di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Gol Malaysia diperoleh menerusi Safee Sali pada minit ke-60 dan 72, manakala Asaari Shamsudin pada minit ke-67.

Skuad negara akan bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta minggu depan untuk final kedua.

Perlawanan agak seimbang pada separuh masa pertama tetapi beberapa peluang Malaysia untuk mendahului tidak dapat disempurnakan.

Masuk separuh masa kedua, Malaysia menggandakan asakan dan pada minit ke-50 pengadil terpaksa menangguhkan perlawanan hampir 10 minit berikutan tindakan penonton memancarkan cahaya leser ke arah pemain Indonesia.

SUASANA di Stadium Nasional Bukit Jalil  menjelang  perlawanan akhir pertama Piala suzuki AFF 2010  antara  Malaysia dengan Indonesia.

SUASANA di Stadium Nasional Bukit Jalil menjelang perlawanan akhir pertama Piala suzuki AFF 2010 antara Malaysia dengan Indonesia.