Archive

Posts Tagged ‘Kuala Kangsar’

Kuala Kangsar, Perak

July 3rd, 2010 No comments

ISTANA Iskandariah dan Masjid Ubudiah di Bukit Chandan mungkin dianggap mercu tanda Kuala Kangsar, sesuai dengan statusnya sebagai bandar diraja di Perak.

Namun, jika sempat singgah ke Kuala Kangsar, pasti anda bersetuju ia memiliki pelbagai makanan dan kraftangan tradisional yang sama popular dengan nama bandarnya.

Jika pertama kali ke Kuala Kangsar, tidak sukar mencari tempat makan kerana berhampiran dengan Sungai Perak, dekat dengan replika labu sayong, anda boleh memilih mana-mana gerai untuk menjamu selera.

Menu seperti ikan bakar dengan lauk-pauk pasti mem buatkan pengunjung terkecur air liur melihatnya. Apatah lagi, setiap gerai pasti menyajikan hidangan gulai masak tempoyak dan sambal tempoyak yang menjadi menu yop dan yong.

Menghampiri petang, lebih banyak gerai penjaja menjual pelbagai makanan ringan termasuk kacang rebus dan goreng pisang.

Pilihan tidak terhenti di situ, sebaliknya panjangkan langkah untuk mencuba keenakan laksa labu sayong dan cendol pulut.

Jangan terkejut jika diberitahu semangkuk laksa boleh didapati dengan harga antara RM2 dan RM2.50.

Laksa kuah jernih ini agak berbeza dengan laksa di negeri lain di utara kerana menggunakan tepung laksa yang diadun sendiri manakala kuahnya daripada ikan segar selain otak udang.

Jika sudah kenyang, anda boleh meninjau deretan gerai cenderamata di bazar berhampiran Sungai Perak.

Ada yang berkata tidak sah ke Kuala Kangsar jika tidak membawa bekas simpanan air yang dihasilkan daripada tanah liat atau labu sayong.

Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung.

Selain itu, jangan lupa untuk mendapatkan pelbagai ba rangan hiasan termasuk bubu, bakul rotan, tikar mengkuang, tudung saji rotan atau nipah, karangan laut dan barangan besi. Jika masih mempunyai masa, luangkan masa menaiki bot penambang menyeberangi Sungai Perak yang mengambil masa dua jam 25 minit yang membawa anda meneroka rahsia Sungai Perak.

>Info

>Kuala Kangsar juga menjadi lokasi pokok getah pertama yang ditanam di Malaysia. Kini berusia lebih 100 tahun, ia masih hidup subur di pekarangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar.

>Antara kawasan pelancongan di Kuala Kangsar yang mesti dikunjungi ialah Istana Iskandariah di Bukit Chandan, Masjid Ubudiah Bukit Chandan yang terkenal dengan keindahan seni binanya.

>Manakala Istana Kenangan atau Istana Kuning yang kini dijadikan Muzium Diraja Perak di mana bangunannya dibina tanpa sebatang pun paku juga menjadi tumpuan utama pengunjung.

Tourism Malaysia
Talian Pelancongan: 1-300-88-5050
E-mel: enquiries@tourism.gov.my
www.tourism.gov.my

Categories: Travel Tags: , ,