Archive

Posts Tagged ‘Jogjakarta’

Jogjakarta, Indonesia

November 21st, 2009 1 comment

INDONESIA mempunyai banyak destinasi untuk dikunjungi. Selain Jakarta, Bali dan Bandung, Jogjakarta adalah antara tumpuan pelancong luar terutama dari Malaysia.

Kota berusia lebih 200 tahun itu mengendalikan kemasukan pelancong melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Adisut Jipto, Jogjakarta.

Di sebalik kepelbagaian tempat menarik untuk dikunjungi, anda mungkin tertawan dengan keramahan penduduknya yang mesra dan sentiasa menguntum senyuman.

Kebanyakan penduduk terdiri daripada masyarakat Jawa yang mempunyai kelainan budaya dan bahasa.

Jogjakarta juga dikenali Yogyakarta, Yogya dan Jogja terkenal sebagai pusat budaya dan seni masyarakat Jawa yang ditadbir sultan yang juga gabenor di wilayah itu.

Beliau dikenali dengan nama Sultan Hamengkubuwono ke-10.

Jogjakarta mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi, antaranya Gunung Merapi, keindahan pantai, kesenian dan kebudayaan, kraton atau istana sultan serta candi purba.

Bagi penganut Buddha, Candi Borobudur, kira-kira 42 kilometer di barat laut Jogjakarta menjadi tumpuan terutama jika ada perayaan seperti Hari Wesak.

Jika Candi Borobudur terkenal untuk masyarakat beragama Buddha, Candi Prambanan pula yang dibina penganut Hindu sekitar abad ke-9 menjadi lokasi tumpuan pelancong.

Pelancong juga boleh melawat Istana Air Taman Sari yang pernah digunakan Sultan Hamengkubuwono pertama, tetapi kini menjadi antara lokasi kunjungan selepas ditinggalkan berikutan Gunung Merapi meletup pada 1814.

Pelancong yang mahu melihat seni bina tradisional Jawa boleh melawat Istana Sultan atau Kraton.

Kraton hanya dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 2 petang Isnin hingga Sabtu dan 8.30 pagi hingga 1 tengah hari pada Jumaat kerana sultan masih menggunakan istana berkenaan.

Jika mahu membeli-belah, anda boleh memilih pelbagai barangan seperti batik, kraftangan, tembikar dan barangan perak di pasar Malioboro.

Jika bijaktawar-menawar, anda boleh mendapat harga lebih murah. Panduannya mudah, minta diskaun sehingga 50 peratus daripada harga barangan itu.

Namun, jika mencari batik berkualiti tinggi, lokasinya ialah Muzium Lingkungan Batik Imogiri-Bantul manakala Kotagede terkenal dengan barangan kraftangan daripada perak.

Pasar Ngasem pula menjual pelbagai spesies haiwan termasuk burung, ular, monyet dan tupai.

JADUAL PENERBANGAN

AK1004 KUL-JOG 15:05-16:40 setiap hari
AK1005 JOG-KUL 17:05-20:25 setiap hari

# Air Asia tidak mengenakan bayaran caj bahan api ke semua destinasi.
# Bayaran tempat duduk termasuk cukai lapangan terbang dan yuran lain.
# Tempahan boleh dilakukan secara online di airasia.com atau mobile.airasia.com
# Mulai sekarang, anda boleh mengambil penerbangan terus dari Jogjakarta ke Singapura.

Categories: Travel Tags: , ,