Archive

Posts Tagged ‘Gambar Kemalangan Cameron Highlands’

Mayat Kemalangan cameron Highland Simpang Pulai bergelimpang atas jalan, longkang

December 21st, 2010 No comments
  • gambar Mayat Kemalangan cameron Highland Simpang Pulai bergelimpang atas jalan, longkangANGGOTA penyelamat mencari mangsa yang terselamat dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, semalam.
  • gambar Mayat Kemalangan cameron Highland Simpang Pulai bergelimpang atas jalan, longkang
  • gambar Mayat Kemalangan cameron Highland Simpang Pulai bergelimpang atas jalan, longkangANGGOTA penyelamat mencari mangsa yang terselamat dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, semalam.
  • gambar Mayat Kemalangan cameron Highland Simpang Pulai bergelimpang atas jalan, longkangANGGOTA bomba dan penyelamat mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.
  • gambar Mayat Kemalangan cameron Highland Simpang Pulai bergelimpang atas jalan, longkang
  • gambar Mayat Kemalangan cameron Highland Simpang Pulai bergelimpang atas jalan, longkang
  • gambar Mayat Kemalangan cameron Highland Simpang Pulai bergelimpang atas jalan, longkang

Bas melulu ketika turun bukit Cameron Highlands

SIMPANG PULAI: “Saya melihat bas persiaran itu terhoyong-hayang dan laju turun bukit membelok selekoh tajam. Selepas itu, bas dua tingkat itu terus langgar konkrit pembahagi jalan sebelum terbalik ke dalam longkang dengan bahagian bumbung menghentam batu bukit,” kata Monat Rahen, antara saksi terawal yang melihat kemalangan itu di Kilometer 15 di sini, pagi semalam.
Monat, 19, berkata, dia menyaksikan kejadian itu ketika bersama seorang lagi rakan menaiki kereta dalam perjalanan menghala ke Cameron Highlands.
“Kami lihat ada penumpang tercampak keluar dari bas, termasuk kanak-kanak dan warga emas. Keadaan menjadi cemas apabila kebanyakan penumpang cedera dan menjerit meminta tolong,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Seorang lagi saksi, Muhammad Shafwan Mohd Nan, 17, berkata ketika tiba di kawasan kemalangan itu, dia melihat ada seorang warga emas berusia lingkungan 60-an sudah tercampak keluar dari kenderaan itu.

Dia juga melihat mayat bergelimpang atas jalan raya, termasuk ada kanak-kanak terbaring dalam longkang dipercayai tercampak dari bas serta beberapa mangsa yang cedera dan berlumuran darah keluar dari bas yang terbalik.

“Saya bersama tiga lagi rakan lain dalam perjalanan bercuti di Cameron Highlands menaiki bas henti-henti bersama lebih 10 penumpang lain. Pemandu bas kami terpaksa menghentikan kenderaan selepas laluan itu ditutup. Saya dan penumpang lain berusaha membantu, tetapi keadaan terlalu ngeri.
“Tangisan dan jeritan meminta tolong kedengaran dari bas yang terbalik, selain kelihatan banyak darah di bahagian tempat duduk. Sejurus kemudian, pasukan penyelamat tiba dan saya melihat ada mayat dibawa keluar dari bas berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, Ahmad Aminudin Abdul Rahim, berkata ketika tiba di tempat kejadian kira-kira jam 12.10 tengah hari, beliau melihat ada beberapa tubuh bergelimpangan di jalan raya dan ada yang terhumban dalam longkang, tetapi tidak dapat mengesahkan sama ada mangsa sudah meninggal dunia.

Bagaimanapun, katanya, kebanyakan kepala dan tubuh cedera parah, manakala semua mangsa dalam bas tersepit di tempat duduk.

“Saya ada nampak seorang kanak-kanak dalam bas dan mendengar bunyi orang mengerang kesakitan, jadi kami berusaha menyelamatkan nyawa mereka,” katanya.

Beliau berkata, mangsa pertama yang cedera dikeluarkan pada jam 12.13 tengah hari, manakala, mangsa terakhir pada jam 2.55 petang, manakala sebahagian besar mangsa duduk di tingkat atas bas berkenaan.

Bas Terbalik simpang Pulai, Kemalangan Bas Cameron Highland

December 20th, 2010 No comments

Bas Terbalik simpang Pulai, Kemalangan Bas Cameron Highland
Korban bas terbalik dekat Cameron Highlands naik, 28 maut
TERKINI @ 06:25:13 PM 20-12-2010

IPOH, 20 Dis – Dua puluh tujuh pelancong Thailand dan seorang rakyat Malaysia terbunuh selepas bas pesiaran yang mereka naiki terbalik ke dalam longkang di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi.

Seramai 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana rombongan pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Katanya siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik dalam longkang.

Menurutnya polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan pada tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Rakyat tempatan yang terbunuh itu dipercayai pemandu atau pembantu pemand bas terbabit.

Menurut sumber Tourism Malaysia pula, seramai 44 pelancong Thai menyertai pakej pelancongan ke Cameron Highlands menggunakan bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 itu yang didaftar di Perak tetapi berpusat di Changloon, Kedah.

Pengarah Urusan syarikat itu, Sor Eng Hock yang kini berada di Bangkok kerana urusan perniagaan, ketika dihubungi berkata bahawa sebelum ini tidak pernah berlaku kemalangan melibatkan syarikat itu.

“Tak sangka jadi macam ini. Saya tak tahu punca… saya kena balik dan bincang,” katanya.

Syarikat yang didaftarkan pada 2007 itu mempunyai enam buah bas.

Ditanya mengenai bentuk bantuan kepada mangsa, Sor berkata syarikat akan merancang sesuatu.

“Buat masa ini saya amat sedih… saya memang terkejut. Saya tak tahu nak fikir atau buat apa-apa. Tapi kita akan rancang sesuatu untuk mangsa,” katanya. – Bernama

27 Terbunuh Kemalangan Bas Di Simpang Pulai

IPOH: Seramai 27 penumpang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.

Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.

Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.- BERNAMA

Gambar Kemalangan Cameron Highlands – Korban meningkat 27 orang

December 20th, 2010 No comments

Gambar Kemalangan Cameron Highlands, Gambar Kemalangan Simpang Pulai
KEMALANGAN maut yang membabitkan bas persiaran Thai di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, pagi tadi kini meningkat kepada 27 orang. Ketika nahas, bas itu membawa 37 orang dengan 34 pelancong Thai manakala tiga rakyat tempatan.

Gambar Kemalangan Cameron Highlands, Gambar Kemalangan Simpang Pulai
27 terbunuh dalam kemalangan bas dekat Kampung Kawai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, sebentar tadi.

Angka korban nahas bas pelancong meningkat 27 orang
20/12/2010 4:19pm

IPOH 20 Dis. – Seorang lagi penumpang bas warga Thailand meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini pukul 4 petang ini, menjadikan jumlah kematian nahas bas pelancong di Simpang Pulai hari ini meningkat kepada 27 orang termasuk tiga rakyat Malaysia.

Kesemua 27 mayat itu dibawa ke hospital. – Utusan

Tragedi bas pelancong: 3 rakyat Malaysia turut maut
20/12/2010 4:06pm

IPOH 20 Dis. – Tiga rakyat Malaysia turut terbunuh dalam nahas bas pelancong yang terbabas di Simpang Pulai hari ini.

Ini bermakna jumlah korban dalam tragedi bas tersebut meningkat kepada 26 orang.

Ketiga-tiga mereka adalah pemandu bas tersebut, Omar Shahidan, 48, serta pemandu kedua dan pemandu pelancong yang belum dikenal pasti identiti masing-masing.

Bas tersebut yang bernombor pendaftaran AFX 2266 membawa 34 penumpang warga Thailand ketika kejadian dan dipercayai dalam perjalanan dari Cameron Highlands. – Utusan