Archive

Posts Tagged ‘Gambang’

Bukit Gambang Water Park (Gambang, Pahang)

December 12th, 2010 No comments

Bukit Gambang Water Park (Gambang, Pahang)

pada ahad lepas (16/05/2010) aku sekeluarga telah ke Bukit Gambang Water Park di Gambang, Pahang. percutian atau perkelahan kami disertai oleh keluarga adik aku, Imran yang tinggal di kuantan. aku ke kuantan dari hari sabtu lagi, dan tinggal di rumah adik aku tu. dah ada keluarga disitu buat ape nak sewa hotel. rumah ahli keluarga lagi bestkan; dah la penginapan percuma, siap ada pakej makan dan jalan2 percuma juga. he.3x. hari ahad tu awal2 kami dah keluar ke bukit gambang water park tu. naik 2 buah kereta la sebab aku rancang nak balik klang terus lepas ke water park tu. tak jauh la dari rumah adik aku, dalam 15 km je.

aku bab2 water park ni tak le suka benor. even aku lahir berbintang aquarius, aku malas betul main air ni (malas mandi sebenarnya). lepas bayar bayaran masuk sebanyak rm19.90 seorang untuk dewasa. kanak2 rm12.80 sorang (kot??). untuk keluarga aku seramai 2 dewasa dan 2 kanak2 (dan 1 baby)harga tiket masuk dan e-top up rm50 untuk sewa pelampung dan makan; kami bayar kurang dari rm120 hengget. murahkan (ye la tu!). dapat je tapak untuk wife aku dan wife adik aku landing; aku & anak2 aku serta imran & anak2 dia terus menerjah air. coco island tempat pertama terjahan kami. menarik dan sesuailah untuk budak2 bermain air. air dia agak cetek dan ada ombak buatan yang dibuat selang beberapa ketika. budak2 enjoy. bapak budak enjoy jugak.

cam biasa, dah jumpa air, beerendam le. dari satu kolam, kami ke kolam lain pulak. dah bawa anak2, masuk kolam kanak2pun tak malu sebab guna alasan menemankan anak. ada kat satu kolam tu anak aku si luqman nak kencing, aku cakap kencing je dalam air. luqman tak nak. ala nampak macam ajaran sesat tapi aku masa kat kampung dulu biasa buat, kencing dalam air. aku dari kecik memang duduk tak jauh dari sungai. masa kat damak, ada sungai damak, dan pindah ke batu balai, dapat sungai lagi besar. dah mandi sungai, tak kan nak lari kencing atas darat pulak. kencing je dalam sungai. orang tak perasanpun sebab air banyak dan air mengalir. tuan punya badan je rasa sebab air terasa hangat. ha.ha.ha…. sebab anak aku orang bandar, kena la bawak dia kencing dalam tandas. nampak sangat menda2 aku buat masa kecik dulu dah tak relevan untuk anak2 aku. nampak sangat aku dah tua.

pada aku taman tema ni sesuai untuk keluarga bawa anak2 bercuti dalam masa singkat dan kewangan yg murah. cuma pengisian taman ni masih kurang sebab masih kurang permainan dan kemudahan. bayaran untuk menyewa bangsal pada aku sangat mahal. makanan? mahal jugak tapi apa boleh buat. makanan dan minuman di semua pusat peranginan dan taman tema dimalaysia ni pada aku terkecuali dari undang2 kementerian perdagangan. mereka boleh charge berapa mereka suka, dan boleh membuat kuasa monopoli. ye lah, makanan dan minuman luar tidak boleh dibawa masuk dan charge pengunjung dengan harga mahal setelah mereka kepenatan dan kebuluran. tiada pilihan evan harga mahal dan rasa makanan tahap kambing (tahap teruk pada rating penilaian aku), apa buleh kita buat? just makan untuk elak kebuluran.

apa2pun, kami sekeluarga bergembira di taman itu. datang lagi? boleh datang tapi aku akan bawa khemah sekali (err.. boleh ke?).

Anda

Bukit Gambang Resort City, Gambang, Pahang

June 12th, 2010 No comments

MERENTASI bukit, menyusuri lurah dan merempuh anak sungai berbatu kasar sejauh 40 kilometer bukan halangan penulis menyertai aktiviti basikal gunung Bukit Gambang Resort City-Sungai Lembing Eco Heritage Ride di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

Walaupun baru pertama kali menyertainya, penulis bangga menamatkan kayuhan merentas Hutan Simpan Berkelah yang masih kaya dengan warisan alam semula jadi.

Seramai 235 peminat sukan berbasikal sanggup datang dari ibu negara, Selangor, Johor, Pulau Pinang, Melaka dan Kedah termasuk Pahang demi memenuhi hobi berkenaan.

Kami berkumpul di pekarangan Bukit Gambang Resort City (BGRC) di Gambang seawal jam 7 pagi, sebelum dilepaskan Presiden Persatuan Berbasikal Pahang, Datuk Abdul Hadi Ibrahim.

Terdahulu, program berkenaan dirasmikan Exco Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Pahang, Datuk Shafik Fauzan Shariff yang turut menyertai ekspedisi berbasikal itu yang berakhir di Bandar Warisan Sungai Lembing yang terkenal sebagai bekas pusat kegiatan perlombongan.

Menerusi cabaran ini, peserta perlu menempuh laluan sejauh empat kilometer ‘on road’ manakala bakinya ‘off road’ yang penuh halangan kerana keadaannya yang berbukit-bukau, jalan berselut, berair dan berbatu.

Bukan mudah berbasikal di permukaan bumi yang tidak rata itu kerana ia memerlukan kekuatan fizikal dan kebijaksanaan mengawal basikal ketika melalui laluan sukar seperti menuruni bukit atau ‘downhill.’

Penulis perlu cepat bertindak bagi mengelak terjatuh. Laluan menjadi lebih sukar berikutan tanah merah berselut akibat hujan lebat sehari sebelum acara membuatkan tayar basikal tenggelam.

Banyak peserta termasuk penulis terpaksa berhenti mengayuh dan menolak basikal apabila tiba di laluan sedemikian. Laluan semakin keras apabila kami perlu menempuh kira-kira enam hingga tujuh anak sungai.

Ketika menempuh anak sungai, banyak peserta berhenti rehat untuk menikmati kedinginan air sungai yang jernih.

Ketika melewati kawasan perkampungan di Sungai Lembing, peserta dihamparkan dengan pemandangan rumah tradisional.

Malah, kami melihat kesan tinggalan sejarah kawasan yang pernah menjadi pusat lombong bijih timah terkenal sekitar tahun 1940-an dan 1950-an.

Selepas lima jam mengayuh, penulis menamatkan cabaran sebaik basikal melepasi garis penamat di pekan Sungai Lembing.

Pengalaman menyertai kayuhan ini sangat bermakna kerana ia menguji kebolehan penulis dalam sukan ekstrem ini.