Archive

Posts Tagged ‘Darunee Songserm’

Kemalangan Simpang Pulai,ragut nyawa ke-28

December 27th, 2010 No comments

Tragedi bas ragut nyawa ke-28

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

BAS persiaran yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai.

BAS persiaran yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai.


IPOH – Mangsa nahas bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini pada Isnin lalu kini bertambah kepada 28 orang apabila seorang lagi mangsa, Darunee Songserm (gambar kecil) meninggal dunia semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Azisman Alias berkata, Darunee, 59, atau Dariah Ismail menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.26 petang setelah seminggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

“Dia mengalami kecederaan parah di kepala dan dada telah diletakkan dalam pemerhatian di ICU hospital tersebut sejak Isnin lalu,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Azisman berkata, dua lagi mangsa nahas warga Thailand iaitu Somchai Polanan, 63, dan Achara Wiwati, 36, masih dirawat di ICU hospital tersebut dan keadaan mereka juga agak kritikal.

Tragedi Simpang Pulai: Seorang lagi penumpang maut

December 26th, 2010 No comments

Tragedi Simpang Pulai: Seorang lagi penumpang maut

26/12/2010 4:43pm

IPOH 26 Dis. – Selepas hampir seminggu menanggung kecederaan, seorang pelancong warga Thailand yang parah dalam nahas bas persiaran di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Isnin lalu akhirnya meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini petang ini.

Darunee Songserm yang juga dikenali sebagai Dariah Ismail, 59, menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut pukul 2.26 petang ini.

Berikutan kematian tersebut, jumlah mangsa keseluruhan yang terkorban dalam nahas yang disifatkan terburuk di negara ini, meningkat kepada 28 orang. – Utusan

Darunee Songserm, Areena Songserm, selamat

December 22nd, 2010 No comments

2 wanita cedera disangka mati

Darunee Songserm, Areena Songserm, selamat. AIDA MOHAMAD dan anak saudaranya, Faizal Ismail

AIDA MOHAMAD dan anak saudaranya, Faizal Ismail lega selepas dimaklumkan Darunee dan Areena masih hidup dan dirawat di HRPB.

IPOH – Ahli keluarga Darunee Songserm, 59, dan Areena Songserm, 20, menangis kegembiraan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini semalam apabila mereka yang mulanya turut disenaraikan antara 27 mangsa yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands sebenarnya masih hidup.

Identiti Darunee dan anak saudaranya, Areena yang berasal dari Pattani, Thailand bertukar dengan nama dua pelancong wanita senegaranya yang turut berada di dalam bas malang itu iaitu Malee Boonchuan dan Uraiwan Laddaklon.

Malee dan Uraiwan terkorban dalam nahas membabitkan bas ekspres dua tingkat yang membawa sekumpulan 35 pelancong dari Hatyai, Thailand melawat Cameron Highlands sejak Sabtu lalu. Namun, identiti kedua-dua mangsa itu kelmarin tidak dikenal pasti.

Adik Darunee, Aida Mohamad, 36, berkata, sebaik mengetahui nahas tersebut, dia terus menghubungi saudara-maranya di Kampung Tepang, Pattani untuk urusan pengebumian jenazah kakak dan anak saudaranya itu.

“Selepas menonton berita nahas tersebut di televisyen di Hatyai, saya hubungi anak sulung Darunee, Faizal Ismail, 40, di Pattani untuk memintanya pergi ke HRPB bagi proses pengecaman mayat dan urusan bawa pulang jenazah.

“Serentak itu saya juga minta saudara-mara buat persiapan termasuk gali liang lahad,” kata wanita itu ketika ditemui Kosmo! di Rumah Mayat HRPB di sini semalam.

Aida memberitahu, setibanya di HRPB pagi semalam, dia kemudian menyemak senarai nama penumpang yang terkorban dan nampak nama Darunee dan Areena yang ditulis pada senarai nama mangsa yang terkorban di papan kenyataan di luar Rumah Mayat HRPB.