Archive

Posts Tagged ‘Cameron Highlands’

Cameron Highlands

December 12th, 2010 No comments

Iklim sejuk, ladang strawberi dan teh serta bangunan gaya Tudor di stesen peranginan tanah tinggi terbesar di Malaysia pasti menawan hati pelancong. Terdapat pelbagai aktiviti untuk anda nikmati di Tanah Tinggi Cameron, pusat peranginan tanah tinggi yang terbesar di Malaysia.

Bersiar-siar melalui perkampungan yang menarik, melawat taman rama-rama, ladang lebah dan strawberi serta ladang teh yang terhampar luas atau nikmati makanan lazat yang dihidangkan di restoran gaya Tudor – semua aktiviti yang menyeronokkan dan menenangkan tersedia di sini untuk anda.

Cuaca nyaman di sini memang tidak dapat ditandingi. Luangkan beberapa hari di sini, jauh dari kehangatan cuaca di tanah rendah dan anda pasti kembali segar untuk percutian anda seterusnya. Salah satu aktiviti popular di Tanah Tinggi Cameron atau Cameron Highlands ialah menikmati hidangan air teh dan biskut ‘scone’.

Tradisi asli Inggeris ini bermula di zaman penjajahan British apabila para pegawai Inggeris menggunakan lokasi di tanah tinggi ini sebagai tempat berehat yang jauh dari kehangatan cuaca di tanah rendah. Aktiviti memerhati burung dan menyusuri trek di hutan juga amat popular di kalangan pelawat di sini.

Tanah Tinggi Cameron yang terletak 1,500 meter dari aras laut mempunyai beberapa buah pekan kecil seperti Ringlet, Tanah Rata, Brinchang, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja. Tempat ini juga mudah dikunjungi.

Anda boleh tiba di Tanah Tinggi Cameron kurang dari sejam perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan atau kira-kira 3 1/2 jam perjalanan sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur.
Jika anda mengikuti trek di hutan, sila pastikan keadaan cuaca hari itu sesuai untuk menyusuri laluan trek pilihan anda. Anda juga perlu memberitahu pihak berkenaan tentang rancangan anda untuk kembali ke situ dan laluan trek mana yang akan anda gunakan .

Pengangkutan
Kereta
Tanah Tinggi Cameron boleh dihubungi menerusi Tapah atau lebuhraya baru di Simpang Pulai. Jika anda memandu dari Kuala Lumpur, susur keluar di Simpang Pulai dan ambil masa tambahan selama 45 minit sebelum sampai di utara Tapah dari Lebuhraya Utara-Selatan. Jalanraya ke Tanah Tinggi Cameron dari laluan ini adalah lebih mudah dan selesa berbanding laluan dari Tapah.

Bas, Teksi
Perkhidmatan bas dan teksi boleh diperolehi dari Terminal Bas Puduraya di Kuala Lumpur dan perjalanan bas ini akan melewati pekan Tanah Rata. Anda juga boleh menaiki keretapi hingga ke Tapah, kemudian meneruskan perjalanan anda dari Tapah dengan teksi atau bas.

Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Pahang. Tel : +(609) 517 1111 / 1112. Faks : +(609) 514 6900. Laman Web: www.pahangtourism.com.my
Penginapan
Tanah Tinggi Cameron telah berkembang pesat di dalam masa beberapa tahun yang lalu dari segi tempat penginapan untuk pengunjung. Kini, pelawat boleh memilih antara pelbagai jenis tempat penginapan dari asrama pengembara yang ringkas hingga hotel mewah bertaraf 5-bintang.

Categories: Travel Tags:

Tempat-tempat Menarik Di Cameron Highlands

December 12th, 2010 No comments

Cameron Highlands merupakan antara pusat peranginan terkenal di Malaysia. Ia terletak di negeri Pahang, di tengah-tengah Banjaran Titiwangsa,yang berada pada 1524 meter dari aras laut.

Ia menjadi tarikan kepada pelancong tempatan dan asing kerana cuacanya yang dingin, tempat-tempat yang menarik dan ladang-ladang teh yang telah ditubuhkan pada akhir tahun 1929.

Selain itu, ladang sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan menjadi tarikan utama.

Tempat berkhemah dan laluan pendaki juga disediakan bagi pelancong yang gemar mendaki dan berkhemah. Aktiviti tersebut amat sesuai untuk mengisi masa cuti anda.

Tempat-tempat Menarik Di Cameron Highlands

Gunung Brinchang

Gunung Brinchang

Gunung Brinchang
Pandangan panoramik daripada puncak Gunung Brinchang, juga merupakan jalan yang tertinggi di Semenanjung Malaysia pada ketinggian 2000 meter.Belok ke kiri dari rumah jaga di jalan Sungai Palas Estate, dan kemudian ambil kiri dan memandu dengan berhati-hati kerana jalan sempit dan agak curam.

Ladang Strawberi

Ladang Strawberi

Ladang Teh Boh, Jalan Boh Habu Ringlet

Ladang Teh Boh, Jalan Boh Habu  Ringlet
Keindahan Ladang Teh yang terletak di jalan berliku sepanjang 6 km melepasi kebun sayuran. Pelawat boleh melawat kilang sambil menikmati secawan teh Boh di kedai teh.

Tokong Sam Poh Brinchang

Tokong Sam Poh

Tokong Sam Poh
Besar, direka dengan penuh hiasan tokong Buddha dibina megah di atas bukit pandangan panoramanya berlatarkan bandar Brinchang. Boleh sampai ke sini dengan mengambil simpang kiri pertama semasa meninggalkan Brinchang ke arah Tanah Rata, dan memandu perlahan-lahan dilorong sempit sepanjang 1 km meninggalkan Brinchang ke arah Tanah Rata, dan memandu perlahan-lahan dilorong sempit sepanjang 1 km.
Ladang Teh Sungai Palas Ladang Teh Sungai Palas

Panoramik indah  ladang teh yang di buka kepada pelawat  untuk melihat kilang, kedai teh dan pusat pandang dengar. Terletak di sepanjang jalan Gunung Brinchang. Belok ke kiri selepas Butterfly Farm dekat Equatorial Hill Resort.

Ladang bunga-bungaan

Ladang bunga-bungaan

Tapak Semaian Bunga Ringlet Ke Kampung Raja
Terdapat beberapa buah tapak semaian bunga di sepanjang jalan utama dari Ringlet hingga ke Kampung Raja. Kebanyakan tapak semaian bunga ini  membenarkan pelawat-pelawat untuk melihat pelbagai pilihan.
Taman Rama Rama Ladang Kea , Brinchang. Butterfly Farm

Taman Rama-rama Ladang Kea , Brinchang.
Terdapat dua taman kupu-kupu di tanah tinggi. Ladang rama-rama dan Taman Rama-rama. Kedua duanya terdapat rama-rama yang banyak dan serangga lain termasuk Raja Brooke rama-rama yang begitu terkenal.

Tempat-tempat Menarik Di Cameron Highlands
Ladang Sayur Sayuran Ringlet ke Kampung Raja Ladang Sayur-sayuran
Ladang Sayur Sayuran Ringlet ke Kampung Raja Terdapat banyak kebun sayur di merata Cameron Highlands. Yang menarik untuk dilihat ialah disepanjang jalan Ladang Teh Boh di Habu dan dalam kawasan Kebun Kea di sekeliling Hotel Equatorial selepas Brinchang.
Air Terjun (Robinson) Air Terjun(Robinson)
Walk Lorong 9 19A Tanah Rata .Bermula dari taman Persiaran Dayang Endah dan teruskan perjalanan hingga ke hujung jalan. Dengan melintasi satu jambatan kecil pada sebelah kiri anda untuk memulakan perjalanan.
Padang Golf Padang Golf
Padang golf 18 lubang ini memberi keselesaan kepada pelawat-pelawat untuk bermain tanpa bahang dan kelembapan paras laut. Padang ini cukup mencabar dengan green yang rumit dan pemukaan yang beralun-alun. Paling sesuai bermain pada awal waktu pagi kerana hujan lebat pada waktu tengahari adalah perkara lumrah.
Ye Olde Smoke House Ye Olde Smoke House

Dengan keindahan hotel Mock Tudor dan restoran yang mempunyai ruang istirahat yang mengagumkan dihiasi  perhiasan antik British. Minum teh petang dan skon serta terdapat pondok telefon British yang berwarna merah berhadapan dengan hotel ini melengkapkan satu pemandangan yang menarik

Bharat Tea

Bharat Tea

Bharat Tea

Ladang Teh Bharat Ringlet  Jalan Tanah Rata Pemandangan ladang teh yang hebat dilihat dari Kedai Teh dan Cenderamata yang terletakkan sekitar 5 km dari Ringlet pada jalan utama.Tanah Rata

Merentasi Hutan Tanah Rata Dan Brinchang Jungle Walks

Merentasi Hutan Tanah Rata Dan Brinchang.
Terdapat banyak jalan rentas menarik di Highlands. Ada jalan rentas yang mudah dan ada pula mengambil setengah hari untuk menamatkannya, kesemuanya menyeronokan .Anda boleh memilih sendiri jalan rentas terbaik yang paling sesuai untuk anda. Pihak hotel dan rumah pelawat mempunyai banyak pengetahuan berkenaan ini dan mereka mesra membantu.

Rumah Tasik Habu dekat Ringlet The Lake House

Rumah Tasik Habu dekat Ringlet
Lakehouse
Habu dekat Ringlet

Keindahan Hotel Mock Tudor telah siap dibina pada tahun 1972. Perabot dalaman yang bertema kedesaan rumah Inggeris. Dipersembahkan dengan begitu cantik serta seronok untuk dilawati.

EE Feng Gu Farm
EE Feng Gu Farm
Gunung Irau
Arked Peladang

Tempat Menarik Cameron Highlands: HUTAN LIPUR PARIT FALL

December 12th, 2010 No comments


Bagi mereka yang sukakan kedamaian hutan dan menikmati keindahan flora dan fauna, pastinya tidak akan ketinggalan mengunjungi Hutan Lipur Parit Fall. Anda boleh sampai ke hutan lipur ini dengan mudah. Dari bandar Tanah Rata, anda terus menghala ke Brinchang dan hanya lebih kurang 1km sahaja anda akan jumpa satu simpang di sebelah kanan menghala ke Taman Sedia. Sebaik sahaja memasuki simpang tersebut, anda akan jumpa papan tanda menunjukan hutan lipur ini.

Anda juga boleh ke hutan lipur ini melalui jungle walk bermula di sebelahan Hotel Pines Century di Tanah Rata. Jarak perjalanan adalah lebih kurang 800 meter sahaja.

Papan tanda menunjukkan hutan lipur Parit Fall.

Di tempat parking hutan lipur tersebut ada tapak kajian milik Pejabat Hutan. Kat situ ditulis Chimp – Cameron Highlands Montane Park.

Kawasan yang boleh dijadikan tapak perkhemahan. Tapi kebenaran perlu diperolehi terlebih dahulu, dari Pejabat Hutan rasanya!.

Ada stall jualan yang sampai sekarang masih takde penjual. Sesiapa yang berkunjung ke Cameron Highlands, baik rasanya pada waktu makan tengahari, sediakan makanan sendiri dan makan disini ramai-ramai. Jangan takut sebab takde monyet atau kera yang datang menganggu.

Mulakan perjalanan jungle walk anda disini untuk pengalaman yang menarik.

Jambatan gantung, juga anda boleh mulakan jungle walk anda dari sini.

Jeram yang terdapat di sana, sebenarnya ada 2 sebab kenapa tak boleh mandi disini. Pertama: airnya sejuk, kedua: airnya kotor.

Air terjun yang tak berapa tinggi, pun jangan mandi kat sini.

Satu lagi laluan jungle walk, anda akan sampai ke Tanah Rata (Hotel Pines Century) jika bermula dari sini.