Archive

Posts Tagged ‘Brunei’

Brunei

December 2nd, 2010 No comments

PENING memikirkan mana lagi destinasi libur luar negara yang boleh dituju. Apa kata ke Brunei, negara jiran yang kaya dengan minyak tetapi tidak kurang menarik untuk dilawati.

Biarpun tidak begitu terkenal sebagai tumpuan pelancongan berbanding negara jiran lain seperti Indonesia dan Thailand, Brunei sebenarnya turut kaya dengan pelbagai tarikan alam semula jadi dan keunikan hidup rakyatnya. Negara kecil ini yang tersorok di antara Sabah dan Sarawak di Pulau Borneo memiliki khazanah alam yang tidak ternilai sehingga digelar ‘Hati Kehijauan Borneo’.
Setiba di ibu negara Bandar Seri Begawan, anda akan disambut dengan keindahan landskap taman dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien yang tersergam disimbah cahaya pada waktu malam.

Mercu tanda lain di kota ini ialah Istana Nurul Iman, istana terbesar di dunia, dibina pada awal 1980an yang kubah bersalut emasnya sudah boleh dilihat dari jauh.

Istana ini yang terletak di atas bukit berdekatan tebing Sungai Brunei dikatakan memiliki 1,788 bilik, 257 bilik air dan garaj yang boleh memuatkan sehingga 110 kereta.

Dikatakan juga ada dewan bankuet boleh menempatkan 4,000 orang dan masjid memuatkan sehingga 1,500 jemaah, selain memiliki 44 tangga, 18 lif dan 564 candelier serta 51,000 mentol untuk menerangi seluruh kawasannya.
Jangan lupa singgah di Kampung Ayer yang digelar pelancong Eropah sebagai Venice Timur, menempatkan kira-kira 30,000 penduduk yang sesetengahnya selesa tinggal di rumah papan dan sebahagian lagi memilih kediaman berkonsep moden.

Rumah di penempatan ini yang dilengkapi kemudahan seperti sekolah, masjid serta klinik kesihatan, dihubungkan dengan jambatan kayu dan boleh dikunjungi dengan bot.

Melawat Kampung Ayer yang juga kawasan penempatan terbesar di Asia Tenggara yang dibina di atas air, anda pasti terpesona dengan kehidupan tradisional penduduknya.

Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pula terletak bersebelahan Masjid Omar Ali Saifuddien. Ia pusat komersial dan kompleks belibelah bagi menjana dana untuk yayasan berkenaan membiayai aktiviti kebajikan.

Apa yang menarik, bangunan terbabit direka dengan gabungan seni reka tradisional Melayu dan moden.

Jangan lupa melawat Muzium Royal Regalia yang dibina pada 1992 sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Brunei. Muzium ini mempamerkan warisan kegemilangan pemerintahan Kesultanan Brunei.

Anda boleh menyaksikan kereta kuda diraja, peralatan kebesaran daripada emas dan perak, mahkota bertatahkan berlian yang digunakan ketika pertabalan dan singgahsana yang digunakan baginda pada majlis rasmi.

Muzium Brunei pula memaparkan koleksi naskhah al Quran, bahan pameran etnik Borneo dan artifak peninggalan daripada kapal yang pernah karam di perairan negara itu.

Bagi menyaksikan warisan seni bina kolonial, singgahlah di House of Twelve Roofs yang pernah menjadi kediaman Residen Inggeris dan kini berubah fungsi sebagai muzium serta lokasi menerima tetamu asing.

Untuk bersantai, boleh ke Taman Jerudong di Muara, taman tema termahal di Asia Tenggara yang dibuka pada 1994 dan menawarkan pelbagai permainan untuk pengunjung menghabiskan masa bersama rakan atau ahli keluarga.

Jika berkesempatan, kunjungi Pantai Seri Kenangan di Tutong yang mengambil masa setengah jam memandu dari Bandar Seri Begawan dan menjadi tumpuan warga tempatan untuk berkelah dan memancing.

Lokasi riadah lain ialah Tasik Merimbun yang dikelilingi paya dan tanah perkuburan purba, selain Temburong yang terkenal sebagai lokasi ekopelancongan dan menempatkan Taman Negara Ulu Temburong.

Di sini, anda berpeluang menyusuri sungai di tengah kehijauan hutan hujan semula jadi dan merentas denai melihat khazanah hutan Borneo, singgah di rumah panjang dan kemudian ke Taman Negara Belalong.

Taman Negara Belalong dilengkapi kemudahan penginapan buat pelancong yang mahu bermalam serta laluan kanopi untuk pengunjung menyaksikan pelbagai spesies flora dan fauna.

Di sini juga, anda dapat menyaksikan keunikan monyet hidung panjang atau Probocis Monkey yang juga dikenali sebagai monyet belanda atau Bekantan. Ia spesies yang jarang ditemui dan hanya ada di kepulauan Borneo.

Destinasi terakhir yang sesuai dilawati ialah Pusat Latihan Kraftangan dan Kesenian di Kota Batu yang menawarkan pelbagai pilihan cenderahati untuk dibawa pulang sebagai kenangan.

Categories: Travel Tags:

Bandar Seri Begawan, Brunei

June 26th, 2010 No comments

BANDAR Seri Begawan bukan saja menjadi pusat perdagangan, kewangan dan pentadbiran Brunei Darusalam, malah memiliki tarikan pelancongan yang dikelilingi landskap taman.

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien menjadi simbol kesucian Islam, manakala Kampong Ayer pula mengimbas nostalgia cara hidup masyarakat pada zaman silam yang bergantung hidup dengan sumber utama alam itu.

Dari jauh, kubah emas yang menghiasi Istana Nurul Iman membayangkan cita rasa mewah yang melingkari pembinaan istana terbesar di dunia itu.

Istana dibina pada awal 80-an itu dikatakan memiliki 1,788 bilik, 257 bilik air dan garaj boleh memuatkan sehingga 110 kereta.

Istana atas bukit berdekatan tebing Sungai Brunei itu turut memiliki dewan bankuet dengan kapasiti 4,000 orang dan masjid boleh memuatkan sehingga 1,500 jemaah.

Justeru, ia dikatakan memiliki 44 tangga, 18 lif dan 564 candelier serta 51,000 mentol untuk menerangi seluruh istana.

Kawasan Brunei-Muara turut menempatkan Jerudong Park, taman tema yang paling mahal di rantau Asia Tenggara. Taman dibuka pada 1994 itu menawarkan pelbagai permainan termasuk go-kart F1, Supakarts dan pertunjukan air pancut berirama menampilkan rangkaian lagu popular.

Pemanduan selama setengah jam dari pusat bandar akan membawa anda ke Tutong yang terkenal dengan Pantai Seri Kenangan.

Bersempadan dengan Sungai Tutong dan Laut China Selatan, pantai berkenaan menjadi tumpuan warga tempatan untuk aktiviti renang, pancing dan berkelah.

Tasek Merimbun walau dikelilingi paya dan tanah perkuburan purba turut menjadi lokasi riadah untuk warga Brunei.

Namun, Tutong lebih terkenal dengan perkampungan budaya Ruma Budaya, mempamerkan keunikan dan keharmonian cara hidup lima etnik Borneo.

Bandar Seria di kawasan Kuala Belait menjadi bukti kepada jentera pengeluaran petroleum yang menjadi sumber ekonomi Brunei.

Bahan pameran di Seria’s Oil & Gas Discovery Centre dan Billionth Barrel Monument membuktikan sumbangan emas hitam itu kepada ekonomi negara kecil itu.

Temburong pula kini menjadi destinasi utama ekopelancongan dengan pengalaman menyusuri sungai di tengah kehijauan hutan hujan semula jadi. Pengunjung kini bertumpu ke Ulu Temburong National Park untuk menyertai aktiviti rentas denai bagi melihat khazanah hutan Borneo.

Percutian di sini tidak akan lengkap jika tidak singgah ke rumah panjang, sebelum menyusuri sungai untuk ke Belalong National Park.

Taman negara itu memiliki ibu pejabat dan laluan kanopi yang menjadi lokasi terbaik untuk menyaksikan pelbagai spesies flora dan fauna.

Pelancong asing seperti penjelajah Eropah yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini pasti terpesona dengan pelbagai bentuk dan warna orkid yang tumbuh liar. Mereka juga mempunyai pilihan sama ada untuk bermalam di penginapan lodge di tengah belantara.

Jika berkunjung ke taman negara ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan keunikan monyet hidung panjang atau proboscis monkey yang hidup di kepulauan ini. Turut dikenali dengan nama monyet Belanda atau bekantan, ia kini menjadi tarikan utama pelancong ke Borneo.

Info

>Royal Regalia Museum mempamerkan warisan kegemilangan pemerintahan beraja Brunei, manakala Brunei Museum pula memaparkan koleksi naskhah al-Quran, bahan pameran etnik Borneo dan artifak peninggalan daripada kapal yang pernah karam di perairan negara itu.

>House of Twelve Roofs pula menampilkan warisan seni bina kolonial yang pernah menjadi kediaman kepada Residen British, kini bertukar fungsi kepada muzium dan tempat menerima tetamu asing.

>Jangan lupa mencuba hidangan tradisional Brunei dan membawa pulang cenderamata seperti jong sarat dan kain tenunan yang boleh didapati di Arts and Handicraft Training Centre di Kota Batu.

>JADUAL PENERBANGAN HARIAN

Kuala Lumpur-Brunei
AK 266/1755-2015

Brunei-Kuala Lumpur
AK 267/2040-2300

Categories: Travel Tags: , ,