Archive

Posts Tagged ‘Berita Rogol’

Pelajar dirogol kekasih

December 10th, 2010 No comments

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang pelajar berusia 14 tahun keluar bersiar-siar dengan teman lelakinya tanpa memaklumkan perkara itu kepada keluarganya membawa padah apabila dia dirogol lelaki itu di sebuah rumah di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II negeri, Deputi Superintendan Nik Zuraidi Othman, berkata sebelum kejadian, mangsa bersetuju dengan ajakan teman lelakinya yang bekerja sebagai petani untuk keluar makan dan bersiar-siar.

Selepas bersiar-siar, mangsa dibawa ke sebuah rumah sebelum dirogol.

?Bapa mangsa dimaklumkan orang ramai anaknya berada di sebuah rumah. Dia kemudian menyerbu rumah terbabit dan mendapati anaknya bersama seorang lelaki lalu menyuruh mangsa pulang ke rumah,? katanya.

21 kali dirogol datuk saudara

December 10th, 2010 No comments

MELAKA: Seorang pelajar pendidikan khas di sekolah menengah di Merlimau dekat sini, mendakwa menjadi mangsa sumbang mahram 21 kali oleh datuk saudaranya sejak setahun lalu.

Pelajar terencat akal berumur 15 tahun dari Tiang Dua itu tidak berani memberitahu keluarga kerana takut dimarahi mereka.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri (Pentadbiran), Deputi Superintendan Gan Chip Pho, berkata datuk saudara pelajar terbabit sering melakukan perbuatan itu dengan membawa mangsa bersiar-siar menggunakan kereta dan berhenti di tempat sunyi di ladang pokok kelapa sawit di Tiang Dua.

Beliau berkata, kejadian itu terbongkar apabila guru sekolah berkenaan mendapati pelajar itu sering murung lalu mula menyoalnya.

Guru wanita berumur 47 tahun itu memanggil mangsa datang ke pejabat dan memintanya menceritakan apa yang berlaku terhadapnya.

Mangsa mendakwa dirogol datuk saudaranya dengan menyuruhnya menaiki kereta sebelum dibawa ke tempat sunyi di ladang kelapa sawit.

Pelajar itu juga memberitahu gurunya dia sudah dirogol datuk saudaranya 21 kali sejak bersekolah di situ pada tahun lalu.

Menurutnya, guru berkenaan membuat aduan polis kerana khuatir mangsa akan diapa-apakan datuk saudaranya selepas menceritakan kejadian berkenaan.

Dia membuat laporan di Balai Polis Merlimau pada Jumaat lalu, jam 8.30 pagi. Sehingga kini, datuk saudara itu belum ditangkap dan polis masih memburu lelaki berkenaan.

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 376B dan jika sabit dengan kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sejam rendam dalam perigi

December 10th, 2010 No comments

Seorang wanita terpaksa berendam dalam perigi sedalam kira-kira lima meter hampir sejam selepas dicampak seorang lelaki yang gagal merogolnya di Kampung Merbau, Paya Purnama, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, Jamaliah Shafie, 38, berjalan bersendirian ke rumah rakannya sebelum datang seorang penunggang motosikal berbadan sasa yang tidak dikenalinya.

Lelaki itu kemudian bertanya arah tujuan mangsa sebelum mempelawa menaiki motosikal untuk dihantar ke rumah terbabit.

Menurut Jamaliah, kerana percaya dengan pelawaan lelaki itu, dia membonceng motosikal berkenaan.

?Bagaimanapun, lelaki terbabit tidak menunaikan janji, sebaliknya membawa saya ke kawasan semak di halaman sebuah rumah usang yang tidak berpenghuni.

?Setibanya di situ, dia bertindak ganas dan cuba merogol saya. Bagaimanapun, saya melawan menyebabkan lelaki itu naik berang,? katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Marah dengan tindakan Jamaliah, lelaki itu mengugut akan membunuh mangsa sebelum memikul lalu mencampakkannya ke dalam perigi.

?Ketika itu saya takut kerana gelap dan kesejukan. Saya berada dalam perigi itu hampir sejam. Saya menjerit meminta pertolongan sebelum diselamatkan anggota bomba,? katanya.

Selain cedera di kepala dan lebam di muka serta badan, pekerja am di Machang itu turut kehilangan gelang emas dan beg tangannya yang dilarikan suspek.

Sementara itu, seorang penduduk, Leep a/l Cawang, 50-an, berkata kejadian itu disedari anaknya yang mendengar jeritan mangsa dari arah rumah usang berkenaan.

Beliau berkata, anaknya kemudian menghubungi bomba untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam perigi itu.