Archive

Posts Tagged ‘Baca Pengakuan Fasha’

Fasha Sandha terasa hati Jejai ikut Nora ke Jepun

January 13th, 2011 No comments

download gambar fasha sandha bikini seksi di bali, facebook fasha sandha, fasha sandha bikini, fasha sandha bikini bali, fasha sandha bikini seksi, fasha sandha facebook, fasha sandha seksi, foto fasha sandha seksi, gambar fasha sandha facebook, gambar fasha seksi bikini di bali, images for fasha sandha seksi bikini bali, pengakuan fasha sandha

Fasha terasa hati Jejai ikut Nora ke Jepun


Jejai


SHAH ALAM – Pemergian Fasha Sandha bercuti ke Bali, Indonesia bersama rakan-rakannya baru-baru ini didakwa bukan untuk meraikan sambutan tahun baru 2011 seperti yang digembar-gemburkan, sebaliknya untuk melepaskan tekanan perasaan.

Kosmo! difahamkan, keputusan pelakon itu bercuti ke pulau peranginan berkenaan adalah kerana kekasihnya, Rizal Ashram Ramli, 35, atau Jejai menyertai keluarga serta bekas isterinya, aktres Nora Danish, 27, makan angin ke Jepun.

Menurut seorang rakan Fasha di sini, Jejai dikatakan pergi ke Jepun untuk meraikan hari jadi anak tunggalnya bersama Nora Danish, Putera Rayqal Rizal Ashram, 3, yang jatuh pada 7 Januari lalu.

“Jejai pergi ke Jepun selepas pemergian Nora, Rayqal dan keluarga Jejai terlebih dahulu sekitar awal Januari tahun ini.

“Fasha terasa hati, mungkin sebab itu dia membuat keputusan untuk bercuti ke Bali bersama rakan-rakannya itu selepas Jejai ke Jepun bersama bekas isterinya itu,” beritahu rakan Fasha itu.

Isu Fasha Sandha Bikini di Bali, Fasha dianggap tidak profesional

January 13th, 2011 No comments

Fasha dianggap tidak profesional

Oleh HARYATI KARIM, MAZLINA ABDUL MAJID,
IZYAN LIYANA MOHD. DARIF, SAHLIZAH MOHAMED


FASHA SANDHA


KUALA LUMPUR – Selepas gambar kontroversinya memakai bikini di Bali, Indonesia tersebar di Facebook dan disiarkan Kosmo!, pelakon popular Fasha Sandha bertindak menghilangkan diri sehingga menimbulkan rasa tidak senang beberapa pihak.

Disebabkan tidak mahu membuat penampilan umum, Fasha membatalkan kehadirannya ke Pertunjukan Fesyen Cheongsam Green anjuran gedung beli-belah The Weld di sini pada saat-saat akhir semalam.

Tindakannya itu menyebabkan pereka terkenal, Hazree Wahid, 29, terpaksa menarik diri daripada majlis itu kerana busana Cheongsam yang dicipta khas untuk diperagakan oleh Fasha tidak dapat dipertontonkan.

Dia kecewa dengan sikap tidak profesional Fasha yang dianggapnya mementingkan diri sendiri.

“Dia (Fasha) sepatutnya menggayakan busana saya yang direka khas mengikut ukuran badan dia tetapi malangnya pada pukul 10 pagi tadi (semalam), dia beritahu tidak dapat hadir kerana ada hal lain.

Kontroversi Gambar Seksi, Fasha Kunci Mulut

January 13th, 2011 No comments

Kontroversi Gambar Seksi, Fasha Kunci Mulut

Oleh KEMALIA OTHMAN

Kontroversi Gambar Seksi, Fasha Kunci Mulut, Baca Pengakuan Fasha, download gambar fasha sandha bikini seksi di bali, facebook fasha sandha, fasha sandha bikini, fasha sandha bikini bali, fasha sandha bikini seksi, fasha sandha facebook, Fasha Sandha Mengaku Itu Adalah Dia, Fasha Sandha seksi, foto fasha sandha seksi, gambar fasha sandha facebook, Gambar Fasha Sandha Seksi, gambar fasha seksi bikini di bali, images for fasha sandha seksi bikini bali, pengakuan fasha sandha

SUBANG JAYA: Pelakon popular Fasha Sandha enggan memberi sebarang komen terhadap segala kontroversi termasuklah penyebaran gambarnya memakai bikini dalam Internat.

Jelas Fasha, dia mahu mengambil pendekatan berdiam diri bagi mengelakkan kontroversi tersebut berpanjangan yang akan lebih memburukkan keadaan.

“Tiada komen terhadap semua perkara tersebut. Saya tidak mahu memanjangkan kontroversi ini. Biarlah orang nak beri apa juga persepsi terhadap saya.

“Apa yang penting saya tidak mahu mengulas apa pun. Bagi saya lebih baik saya tidak cakap daripada memberi komen tetapi disalah ertikan maksudnya,” ujarnya yang ditemui pada majlis pengumuman lima finalis Anugerah Bintang Popular (ABP), di sini, Rabu.

Baru-baru ini, Fasha telah digemparkan dengan kontroversi penyebaran gambarnya berbikini di pantai Bali, Indonesia ketika bercuti pada 30 Disember lalu.

Kontroversi bertambah hangat apabila Fasha tidak hadir pada majlis Pertunjukan Fesyen Ceongsam Green, Selasa lalu pada saat-saat akhir sehinggakan pereka fesyen terkenal, Hezree Wahid terpaksa menarik diri pada majlis tersebut.

Dalam pada itu juga, difahamkan ibu bapa kepada pelakon drama Chinta ini telah hadir ke pejabat sebuah akhbar tempatan petang Selasa lalu selepas gambarnya berbikini dikeluarkan akhbar tersebut.

“Saya tidak tahu kalau ibu bapa saya ke (akhbar) Kosmo kerana kontroversi ini dan saya tidak mahu komen apa-apa.

“Yang penting keluarga dan peminat saya memahami keadaan yang berlaku dan sentiasa berada di belakang saya dengan memberikan sokongan,” katanya.

Tambah Fasha, dia menganggap perkara tersebut sebagai ujian dan asam garam dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang artis.

Malah katanya, dia sudah biasa berhadapan dengan kontroversi yang lebih teruk sebelum ini.