Archive

Posts Tagged ‘Ahmad Bustomi’

Malaysia Kalah, Tapi Juara Piala AFF Suzuki, Indonesia Menang, tapi Tak Juara

December 29th, 2010 No comments

Indonesia Menang, tapi Tak Juara

Rabu, 29 Desember 2010 | 20:42 WIB
Malaysia Kalah, Tapi Juara Piala AFF Suzuki, Indonesia Menang, tapi Tak Juara

AFP PHOTO/BAY ISMOYO

Nasuha (kanan) disambut rekannya usai membobol gawang Malaysia dalam pertandingan putaran kedua final AFF Suzuki Cup di Jakarta, Rabu (29/12/2010).

JAKARTA, KOMPAS.com — Kesebelasan nasional Indonesia mampu menang 2-1 atas Malaysia pada laga final kedua Piala AFF 2010 di Gelora Bung Karno, Rabu (29/12/2010). Indonesia pun mengakhiri turnamen sebagai runner-up, mengingat mereka kalah 0-3 pada laga pertama, Minggu (26/12/2010).

Bermain sebagai tuan rumah dengan kewajiban menang 4-0, Indonesia tampil agresif sejak menit awal. Sayang, usaha itu tak diimbangi dengan ketenangan dan fokus tinggi. Pada momen-momen krusial, Indonesia kerap melakukan kesalahan umpan atau terburu-buru melakukan eksekusi.

Di tengah kesulitan itu, Indonesia mendapat hadiah penalti, menyusul handsball yang dilakukan Mohd Sabre bin Mat Abu pada menit ke-18. Firman Utina yang dipercaya mengeksekusi bola mengirimnya secara akurat ke sudut kiri bawah gawang. Sayangnya, tendangan terlalu lemah sehingga bola mudah ditangkap Khairul Fahmi.

Setelah penalti itu, Malaysia mencoba bangkit. Melalui Mohamad Ashari bin Samsudin, mereka hampir saja mencetak gol pada menit ke-20. Untung saja, Markus Horison masih mampu menepis tembakan akurat Ashari.

Indonesia mencoba membalas. Namun, belum lagi mampu menciptakan ancaman serius, Indonesia kembali terancam kebobolan pada menit ke-32. Saat itu, Mohd Safee bin Mohd Sali berhasil masuk kotak penalti dan menembakkan bola, yang melenceng dari sasaran.

Ancaman itu dibalas Indonesia dengan sejumlah serbuan yang tuntas dengan eksekusi. Namun, Malaysia mampu menghindarinya sampai peluit turun minum berbunyi, dengan skor 0-0 tertera di papan skor.

Permainan tak banyak berubah pada babak kedua. Indonesia masih lebih dominan dalam penguasaan bola dan serangan, tetapi masih bermasalah dengan sentuhan akhir, baik saat mengumpan maupun menembak.

Masalah itu belum selesai ketika Malaysia malah mampu unggul 1-0 berkat gol Mohd Safee pada menit ke-54. Dalam sebuah serangan balik, Safee berhasil menguasai sebuah umpan terobosan dan menggiringnya melewati duo Maman dan Hamka sebelum melepaskan tendangan keras dari tengah kotak penalti, yang mendesak jaring dalam gawang Markus Horison.

Setelah itu, Indonesia mengalami penurunan performa. Untuk mengatasi hal itu, pelatih Alfred Riedl menarik Firman Utina dan Irfan Bachdim, lalu memasukkan Eka Ramdani dan Bambang Pamungkas pada menit ke-58.

Perubahan itu perlahan menaikkan kualitas permainan Indonesia, sampai akhirnya bisa menyamakan kedudukan berkat gol Muhammad Nasuha pada menit ke-73. Memanfaatkan bola muntah hasil tembakan Ahmad Bustomi yang ditepis Khairul Fahmi, Muhammad Nasuha membobol gawang Malaysia.

Gol itu semakin mendongkrak kepercayaan diri Indonesia. Mereka terus berusaha mencetak gol pada waktu tersisa. Setelah berjuang hingga menit ke-85, Indonesia berhasil mengungguli Malaysia berkat tembakan Muhammad Ridwan.

Menguasai bola di luar kotak penalti, ia menggiring bola sebelum menembakkannya. Bola sempat membentur pemain lawan sebelum mendesak jaring gawang tim tamu.

Pada waktu tersisa, permainan berlangsung semakin sengit. Sementara Indonesia masih mengejar gol, Malaysia juga mencoba memberikan tekanan untuk mengurangi ancaman Indonesia.

Sejumlah situasi berbahaya menghinggapi kedua kubu. Namun, sampai peluit berbunyi panjang, papan skor tetap menunjukkan angka 2-1. (*)

Susunan pemain:
Indonesia:
Markus Harison; Mohammad Nasuha, M Ridwan, Hamka Hamzah, Zulkifli Syukur, Maman Abdurachman, Arif Suyono (Tony Sutjipto 71), Firman Utina (Eka Ramdani 58), Ahmad Bustomi, Irfan Bachdim (Bambang Pamungkas 58), Cristian Gonzales

Malaysia: Khairul Fahmi bin Che Mat; Mohd Sabre bin Mat Abu, Mohd Asraruddin Putra, Safiq bin Rahim, Norshahrul Idlan bin Talaha, Mohd Safee bin Mohd Sali (Izzaq 87), Amar bin Rohidian, Kunanlan Subramaniam, Mohamad Muslim bin Ahmad, Mohamad Ashari bin Samsudin, Mohd Fadli bin Mohd Shas.

Malaysia garang

December 27th, 2010 No comments

Malaysia garang

SAFEE SALI (tengah) menanduk masuk gol ketiga Malaysia pada aksi menentang Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

SAFEE SALI (tengah) menanduk masuk gol ketiga Malaysia pada aksi menentang Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.


SKUAD bola sepak Indonesia sebenarnya tidaklah sekuat mana dan terbukti mereka memang layak digelar ‘jaguh kampung’.

Keegoan Indonesia akhirnya memakan diri apabila Malaysia dengan mudah membelasah mereka 3-0 pada aksi perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Terikat 0-0 pada separuh masa pertama, Malaysia meledak tiga gol tersebut pada babak kedua menerusi Mohd. Safee Mohd. Sali pada minit ke-59 dan 71 serta pemain gantian, Mohammad Ashari Samsudin pada minit ke-67.

Ia meletakkan Malaysia kini sebelah tangan untuk menjulang trofi Piala Suzuki AFF buat pertama kali sejak kejohanan ini diperkenalkan pada 1996.

Namun kejuaraan mutlak untuk edisi kelapan ini hanya akan ditentukan selepas berakhirnya final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta Rabu ini.

Pada aksi malam tadi, suasana bingit oleh 75,000 penyokong Malaysia serta 15,000 penyokong Indonesia telah menghangatkan babak awal permainan.

Namun pemain sayap kiri Indonesia, Oktovianus Maniani dan pemain sayap kanan Malaysia, Amirulhadi Zainal kempunan untuk beraksi pada final kedua nanti kerana memungut kad kuning kedua.

Oktovianus dilayangkan kad kuning seawal minit kelima sebelum Amirulhadi menerima nasib sama pada penghujung babak pertama.

Kerancakan permainan terhenti pada minit ke-53 akibat gangguan sinaran laser terhadap penjaga gol Indonesia, Markus Harison Rihihina ketika Malaysia mendapat sepakan penjuru.

Masa permainan berjalan selama enam minit tanpa aksi cemas tetapi tidak sampai seminit selepas ia bersambung semula, Malaysia berjaya memperoleh gol pertama.

Jaringan pada minit ke-59 itu terhasil setelah Norshahrul Idlan Talaha bijak membawa bola secara solo dari penjuru kanan melepasi Maman Abdulrahman dan melorongkannya untuk dirembat masuk oleh Safee.

Hanya lapan minit kemudian, Malaysia terus selesa dengan gol kedua juga menerusi gerakan Norshahrul dari sebelah kanan tetapi kali ini lorongan cantiknya disudahkan pula dengan rembatan Ashari yang masuk menggantikan Amirulhadi.

Malaysia terus mengukuhkan kedudukan apabila mem peroleh gol ketiga pada minit ke-71 menerusi tandukan cantik Safee hasil hantaran lintang S. Kunanlan dari sebelah kanan.

Ketika masa kecederaan selama lapan minit diberi, Malaysia sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti setelah Kunanlan dijatuhkan Markus tetapi pengadil, Toma Masaaki dari Jepun sebaliknya memberikan sepakan gol buat Indonesia.

Indonesia sepatutnya menyalahkan diri sendiri atas kekalahan tersebut kerana mereka terlalu gemar untuk melakukan protes kononnya penjaga gol diganggu oleh pancaran laser.

Yang peliknya, mereka akan melakukan protes setiap kali Malaysia mendapat sepakan percuma di hadapan pintu gol mereka.

Apa yang pasti, bukan pancaran laser yang menjadi penyebab kerana kesemua tiga gol Malaysia dihasilkan menerusi gerakan padang.

Ia sekadar helah penjaga gol Indonesia untuk menyembunyikan gementarnya.

Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010, Malaysia garang, Harimau Malaya, Mohd Asraruddin Putra Omar,Safiq Rahim (kapten), Morshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Sali,Amar Rohidan, Kunanlan Subramaniam, Mahalli Jasuli, MOhad Amirulhadi Zainal, Kharul Fahmi Che mAt, Mohamad Muslim Ahmad, Mohamad Fadhli Mohd Shas. (Pemain Simpanan): Mohd Sabree Mat Abu, Mohd Faizal Muhamad,Mohd Razman Roslan, Khairul HelmiJOhari, GurusamyGovandar Kandasamy,, Mohd Amri Yahyah, Mohamad Faizal Abu Bakar, Mohamad Ashari Samsudin, Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Marcus Harison Rihihina,Mohammad NAsuha, Zulkifli Syukur,Maman Abdurachman, Cristian Gonzales Alfaro Gonzales, Oktovianus Maniani, Firman Utina, (kapten),Ahmad Bustomi,Yongky Ari Bowo, Muhammad Ridwan,Hamka Hamzah. (Pemain simpanan):Yesaya Nickhanor Desnam,Bambang Pemungkas, Irfan Haarys Bachdim, Muhammad Roby,, Eka Ramdani,Beny Wahduri,Tony Sucipto

Malaysia Tewaskan Indonesia 3-0, Piala AFF

December 27th, 2010 No comments

Malaysia Tundukkan Indonesia 3-0

Mohd Asraruddin Putra Omar,Safiq Rahim (kapten),  Morshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Sali,Amar Rohidan, Kunanlan  Subramaniam, Mahalli Jasuli, MOhad Amirulhadi Zainal, Kharul Fahmi Che  mAt, Mohamad Muslim Ahmad, Mohamad Fadhli Mohd Shas. (Pemain Simpanan):  Mohd Sabree Mat Abu, Mohd Faizal Muhamad,Mohd Razman Roslan, Khairul  HelmiJOhari, GurusamyGovandar Kandasamy,, Mohd Amri Yahyah, Mohamad  Faizal Abu Bakar, Mohamad Ashari Samsudin, Mohd Sharbinee Allawee Ramli.
Mohamad Ashari (kiri) menjaringkan gol kedua negara.

KUALA LUMPUR: Perlawanan akhir Piala Suzuki AFF pusingan pertama menyaksikan pasukan Malaysia menundukkan Indonesia, 3-0 pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad.

Kekalahan 1-5 kepada Indonesia pada aksi kumpulan sebelum ini bukan alasan buat skuad kendalian K.Rajagobal ini bangkit melakukan serangan dan cubaan Kunanlan pada minit ke-18 hampir memberi mata kepada pasukan negara, namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang lawan, Kurnia Meiga Hermansyah.

Pemain lincah Indonesia, Oktovianus Maniani hampir meranapkan benteng pertahanan negara, tetapi kecekapan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat bola berjaga diselamatkan.

Sehingga tamat separuh masa pertama, kedua pasukan terikat seri tanpa jaringan.

Permulaan babak kedua lebih menarik, lebih-lebih lagi pasukan Malaysia berjaya mendahului pasukan lawan apabila Safee Sali menjaringkan gol pertama pada minit ke-59 hasil daripada hantaran Norshahrul Idlan Talaha.

Stadium sekali lagi bergegar dengan sorakan penyokong-penyokong Malaysia apabila Mohd Ashari Samsudin menambah jaringan kedua negara pada minit ke-67, selepas menggantikan Mohd Amirulhadi Zainal.

Safee sekali lagi menggegarkan stadium menambah gol ketiga negara sekali gus meletakkan skuad K.Rajagobal ini dalam kedudukan selesa sebelum bertandang ke Jakarta bagi pusingan kedua, 29 Disember ini.

Malaysia mengikat Indonesia, 3-0 sehingga tamat permainan.

MALAYSIA:Mohd Asraruddin Putra Omar,Safiq Rahim (kapten), Morshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Sali,Amar Rohidan, Kunanlan Subramaniam, Mahalli Jasuli, MOhad Amirulhadi Zainal, Kharul Fahmi Che mAt, Mohamad Muslim Ahmad, Mohamad Fadhli Mohd Shas. (Pemain Simpanan): Mohd Sabree Mat Abu, Mohd Faizal Muhamad,Mohd Razman Roslan, Khairul HelmiJOhari, GurusamyGovandar Kandasamy,, Mohd Amri Yahyah, Mohamad Faizal Abu Bakar, Mohamad Ashari Samsudin, Mohd Sharbinee Allawee Ramli.

INDONESIA:Marcus Harison Rihihina,Mohammad NAsuha, Zulkifli Syukur,Maman Abdurachman, Cristian Gonzales Alfaro Gonzales, Oktovianus Maniani, Firman Utina, (kapten),Ahmad Bustomi,Yongky Ari Bowo, Muhammad Ridwan,Hamka Hamzah. (Pemain simpanan):Yesaya Nickhanor Desnam,Bambang Pemungkas, Irfan Haarys Bachdim, Muhammad Roby,, Eka Ramdani,Beny Wahduri,Tony Sucipto