Home > Sukan > Kelantan Umum Cuti Peristiwa Ahad 2 Januari 2011 sempena Menang Piala AFF Suzuki

Kelantan Umum Cuti Peristiwa Ahad 2 Januari 2011 sempena Menang Piala AFF Suzuki

December 31st, 2010 Leave a comment Go to comments

Bola Sepak: Kelantan Turut Isytihar Cuti Peristiwa Ahad Ini

KOTA BAHARU: Kerajaan Kelantan mengisytiharkan bahawa Ahad ini adalah hari cuti peristiwa sempena meraikan kejayaan pasukan bolasepak kebangsaan menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, di Jakarta semalam.

Perisytiharan itu terkandung dalam arahan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Bilangan 4/2010 kepada semua ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan, pihak pengurusan badan-badan berkanun/Persekutuan/Negeri dan pihak berkuasa kerajaan tempatan negeri.

Salinan surat itu dikirim kepada Bernama di sini malam ini. -BERNAMA

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.