Home > Politic > Gelaran Datuk Seri Khir Toyo Ditarik balik oleh Sultan Selangor

Gelaran Datuk Seri Khir Toyo Ditarik balik oleh Sultan Selangor

Sultan Selangor Arah Gelaran ‘Datuk Seri’ Khir Toyo Digantung

PETALING JAYA: Penyerahan semula Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ kepada bekas Menteri Besar, Dr Mohamad. Khir Toyo sebenarnya adalah titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri dan bukannya penyerahan sementara seperti yang didakwa.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi memaklumkan bahawa, keputusan berkenaan telah dibuat oleh baginda selepas berunding dengan Dewan Diraja Selangor pada 11 Januari lalu yang telah memutuskan supaya darjah kebesaran itu digantung.

“Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan Yang Berhormat tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Menurutnya, keputusan itu berikutan pertuduhan rasuah terhadap bekas menteri besar itu di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Selain Mohamad Khir, darjah kebesaran Pengarah Ditamas, Shamsuddin Haryoni yang juga didakwa dalam kes yang sama, turut digantung.

“Sultan Selangor membuat keputusan di atas setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara,” katanya.

Semalam Mohd. Khir mendakwa beliau telah memulangkan sementara darjah kebesaran berkenaan tanpa menyebut tindakannya itu atas arahan sultan.

Beliau berkata pemulangan gelaran berkenaan bagi menghormati darjah kebesaran itu serta mengelakkan ia terpalit dengan keaiban berikutan kes tuduhan salah guna kuasa di mahkamah.

“Pemulangan semula pingat ini bagi mengelakkan darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung,” katanya menerusi blognya www.drkhir.com.

Beliau mendakwa menghantar surat kepada Sultan Selangor pada pertengahan Disember lalu menyatakan hasrat untuk memulangkan darjah kebesaran itu.

Beliau berkata Dewan Diraja juga telah memperkenankan pemulangan semula pingat tersebut dan meminta semua media serta penganjur program hendaklah menggugurkan gelaran ‘Datuk Seri’ dari pangkal namanya dan menggunakan nama Dr Mohamad Khir Toyo sahaja.

Pada 6 Disember lalu, Mohamad Khir didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada sebuah syarikat.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Wira Mohtarudin Baki menetapkan perbicaraan kes itu selama tiga minggu bermula 6 hingga 24 Jun ini.

—————————————————————————————————————-

Khusrin: Sultan arah ‘Dato Seri’ Khir Toyo digantung

Penyerahan balik Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran “Dato’ Seri” kepada Dr Khir Toyo, adalah sebenarnya atas arahan Sultan Selangor dan bukannya ‘penyerahan sementara’ seperti yang didakwanya, kata Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

sultan of selangor sharafuddin idris shahKeputusan berkenaan dibuat oleh baginda setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor pada 11 Januari lalu yang memutuskan darjah itu digantung, kata Khusrin dalam satu kenyataan hari ini.

“Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan Yang Berhormat tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan,” tambahnya.

Menurut beliau, keputusan itu berikutan pertuduhan rasuah terhadap mantan menteri besar Selangor itu di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Selain Dr Khir, darjah kebesaran Pengarah Ditamas, Shamsuddin Haryoni yang juga didakwa dalam kes yang sama, turut digantung.

Khir dianugerahkan gelaran ‘Dato Seri’ pada 2001 manakala Shamsuddin pula dianugerah gelaran ‘Dato’ pada 2002.

NONE“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor membuat keputusan di atas setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara,” kata Khusrin.

Semalam, Dr Khir dalam blognya menulis beliau telah memulangkan sementara darjah kebesaran berkenaan tanpa menyebut tindakannya itu atas arahan sultan.

Beliau berkata pemulangan semula pingat itu bagi mengelak darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung.

khir toyo mansion 060709 08Pada 6 Disember lalu, Dr Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbicaraan kes rasuah terhadap menteri besar Selangor itu akan didengar pada 6 hingga 24 Jun ini.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.