Cerita Sham Kamikaze kahwin dua
SHAM KAMIKAZE
|
SEMUA orang boleh bercakap, tapi bila cakap tak serupa bikin, maaf cakaplah, payah orang nak hormat.
Baru-baru ini ada isu pasal anggota kumpulan Kamikaze, Sham yang sudah berhijrah menjadi penceramah bebas.
Dia nafikan bernikah lagi tetapi tak pernah jawab soalan bila ramai wartawan hubungi untuk dapatkan kesahihan berita yang disampaikan oleh sumber terdekat dengan isteri barunya sendiri.
Dari satu segi, kalau salah kenapa nak bersembunyi daripada hakikat, tampil sahajalah buat kenyataan. Bukankah berani kerana benar? Seharusnya Sham amat tahu dengan hukum agama.
Tapi cara Sham yang gemar mengemas kini akaun Twitter dengan ayat-ayat ala-ala alim ulama buat orang berfikir 18 kali. Betul ke apa yang ditulisnya itu berdasarkan pemahaman, atau sekadar dipetik daripada pembacaan sahaja.
Antara petikan tweet yang menarik perhatian Diva antaranya:
‘Mungkin kita tidak mampu menambah pahala tapi tak perlulah menambah dosa pula’ dan ‘Jaga tepi kain orang, jangan sampai menyelaknya. Jaga tepi kain sendiri, jangan sampai terselak’.
Diva cuma berharap Sham tampil berkata benar dan bukan hanya bijak bersuara di laman sosial. Ada beberapa rakan yang kesal dengan penulisannya yang dianggap tidak serupa bikin. Diva malas nak komen. Pernah juga Diva terbaca yang Sham memberi komentar tentang satu program televisyen yang dikatakan menyebar fitnah. Diva rasa Sham bijak dalam hal ini dan bukan tweet mengikut nafsu.

Diva: Maher Zain akan kembali dengan konsert di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 16 Jun ini.
Gambar ini didakwa gambar Ikhwan Hot FM sedang bersosial di 9MM, The Zon Johor Bahru. Difahamkan, ia dirakam secara curi oleh seorang pengunjung yang sedang meraikan hari jadi rakannya di situ.
Dalam hal ini, mungkin Ikhwan secara kebetulan berada di tempat tersebut atas urusan peribadi atau mahu bertemu rakan. Namun dalam dunia hiburan, pelbagai spekulasi boleh timbul tambah-tambah apabila Ikhwan berdamping dengan wanita berbaju ‘tembus’.
Rasa-rasanya boleh tak Kak Propa buat gosip dalam Galaksi nanti?
Klik untuk imej besar…

Read more: http://www.myartis.com/2012/04/gambar-ikhwan-hot-fm-bersosial.html#ixzz1sgrJjZPg
Nurul Halimin Md Salleh, 32, yang kononnya menjadi isteri kedua kepada Sham Kamikaze apabila ditanya media enggan mengulas mengenai gosip perkahwinan yang dihebohkan itu.
“Tanyalah Sham sendiri,” ujarnya dipetik sebagai berkata melalui adiknya iaitu Maulana yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia kelapan (AF8).
Nurul Halimin

“Rasanya, bukan saya yang patut ditanya kerana saya enggan memberi sebarang komen.
“Lebih baik jika ia ditanya sendiri kepada tuan punya badan atau rakan-rakan terdekatnya,” kata Maulana pula memberi pendapat apabila ditanya mengenai gosip tersebut.
Untuk info, Sham menjadi ‘popular’ semula apabila dia yang kini merupakan seorang pendakwah dikatakan sudah beristeri dua beberapa bulan lalu. Bagaimanapun, Sham menafikan status berkenaan dan meluahkan rasa kecewa dengan fitnah yang melandanya itu.
Sham dan isteri pertama…

Sehinggalah semalam apabila sebuah blog hiburan dengan ‘berani’ mendedahkan wajah wanita yang kononnya isteri baru Sham dengan dakwaan pasangan tersebut telah berkahwin pada 16 Januari lalu.
Menurut blog itu lagi, perkahwinan mereka masih lagi belum diketahui oleh isteri pertama Sham iaitu Farazila kerana ianya dirahsiakan. Sama ada benar atau tidak dakwaan ini, hanya Sham, saksi dan bukti sahih seperti surat nikah sahaja yang mampu menjelaskannya. Allahualam..!
Keluarga Maulana dan Nurul – klik untuk imej besar…

Tweet yang didakwa ada hubungan dengan Nurul
Klik untuk membaca…




Read more: http://www.myartis.com/2012/04/isu-kahwin-sham-no-komen-nurul-halimin.html#ixzz1sgr0OSn4