Wartawan TV hina orang Melayu
Wartawan TV hina orang Melayu

SHAH ALAM – Seorang wartawan terkenal sebuah stesen televisyen swasta terpaksa melalui detik mencemaskan akibat dikepung sekumpulan lelaki yang marah dengan tindakannya yang didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.
Dalam kejadian di sebuah restoran di Klang dekat sini beberapa hari lalu, wartawan yang sering muncul di kaca televisyen dengan laporan isu alam sekitar itu mengaku telah mengeluarkan beberapa perkataan yang boleh membangkitkan isu perkauman.
Antaranya wartawan itu mengaku ada menyebut orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia serta tidak pintar.
Dia yang dipercayai mengeluarkan perkataan tersebut ketika dalam keadaan mabuk mengakui telah tersalah cakap hingga boleh menimbulkan salah tafsiran.
Berikutan itu, dia memohon maaf daripada kumpulan lelaki berkenaan serta seluruh masyarakat Melayu di negara ini.
Wartawan tersebut sebelum ini menarik perhatian orang ramai dengan pendedahan berani berhubung isu pencemaran alam sekitar.
Video ini dirakam oleh salah sorang drpd kumpulan anak muda Melayu yg marah dgn kata2 Karam Singh Walia. Kononnya kemarahan diorg disebabkan Karam Singh Walia telah berkata org Melayu bukan berasal dr Malaysia mahupun Indonesia, serta menggelar Melayu sebagai ‘lancau’ dan ‘sakai’. Kejadian nie berlaku kat Restoran Al-Bidayah Andalas, Klang pd 29 Dis 2010.
Melalui tontonan video di atas, Karam Singh Walia diminta membuat pengakuan bersalah dan meminta maaf kepada orang melayu. Ini kerana beliau ada berkata bangsa melayu bukan berasal dari Malaysia dan juga bukan berasal dari Indonesia. Ada kemungkinan besar beliau sedang mabuk ketika membuat pernyataan tersebut. Mengenai perkataan sakai dan lancau pula kurang pasti sebab Karam Singh Walia tak mengaku ada sebut perkataan tu.
Rata-rata ramai yang komen melalui forum dan juga youtube bukannya tidak berpuas hati dengan Karam Singh Walia, tetapi dengan perlakuan anak muda melayu di restoran tersebut yang kelihatan agak melampau dan biadap. Setiap perkara pun boleh dibawa berbincang tanpa menggunakan kekerasan. Tunjukkan adab sopan dan santun bangsa melayu kepada bangsa lain.
Sepertimana yang kita tahu, Karam Singh Walia merupakan seorang pejuang alam sekitar dan sering membawa isu rakyat yang tidak mendapat pembelaan ke media masa bagi mendapatkan pembelaan yang sewajarnya. Beliau telah banyak berjasa pada rakyat, setiap manusia pun pernah membuat kesilapan. Paling penting beliau berani untuk mengaku dan meminta maaf di atas kesalahan yang dilakukan. Tak perlu rasanya diperbesarkan isu ini, tidak mendatangkan faedah kepada mana-mana pihak.
Kejadian ini dipercayai berlaku di restoran Al-Bidayah Andalas, Klang. Ada sesiapa yang tinggal di kawasan berdekatan yang dapat memastikan kejadian ini? Pendapat anda pula mengenai isu ini bagaimana?
Karam Singh Walia ni agak menyerlah berbanding wartawan yang lain kerana beliau mempunyai trademark yang tersendiri iaitu pergerakan tangan dan pantun. Oleh itu aku sudahi penulisan kali ini dengan pantun dua kerat ciptaan Karam Singh Walia.
Rumah terbakar nampak api,
Hati terbakar siapa tahu.
Jom baca Karam Singh Hina Melayu Atau Melayu Hina Melayu?.