Home > News > Tuntutan pampasan Ladang Coalfield di Ijok selesai

Tuntutan pampasan Ladang Coalfield di Ijok selesai

December 21st, 2010 Leave a comment Go to comments

Tuntutan pampasan Ladang Coalfield di Ijok selesai

BEKAS pekerja Ladang Coalfield menunjukkan cek pampasan yang mereka terima di Ijok, Kuala Selangor semalam.


KUALA SELANGOR – Seramai 25 bekas pekerja Ladang Coalfield di Ijok mampu menarik nafas lega apabila pampasan yang diperjuangkan lebih setahun lalu ekoran pemberhentian kerja menjadi kenyataan semalam.

Wakil bekas pekerja, R. Lobat, 42, berkata, 20 daripada mereka menerima pampasan sebanyak RM30,000 seorang manakala bakinya mendapat RM5,000 berdasarkan tempoh perkhidmatan.

Katanya lagi, mereka juga ditawarkan pembelian rumah dua tingkat jenis town house bernilai RM35,000 berbanding harga asal RM42,000 di Desa Coalfield yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumah asal.

“Kami amat berpuas hati apabila pihak pengurusan ladang memberi pampasan dan rumah pada harga yang rendah.

“Dengan ini, isu pampasan dan rumah dianggap selesai dengan cara yang baik di luar mahkamah,” katanya selepas majlis penyerahan cek pampasan dan kunci rumah oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, M. Manoharan di sini.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.