Home > News > Nurul Dahyatul Fazlina Jalani Pembedahan Muka

Nurul Dahyatul Fazlina Jalani Pembedahan Muka

Nurul Dahyatul Fazlina Jalani Pembedahan Muka

Teringin Nak Jadi Model? Klik Disini! | Sertai myJodoh sekarang!

Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan selamat menjalani pembedahan untuk membaiki mukanya yang teruk kesan simbahan asid oleh bapa sendiri. Nurul Dahyatul, kanak-kanak 9 tahun adalah mangsa simbahan asid paling teruk di Malaysia hingga merubah wajahnya menjadi buruk. Perubahan itu mendatangkan gangguan emosi pada Nurul Dahyatul hingga dia takut ke sekolah kerana takut ditertawakan. Pembedahan muka Nurul Dahyatul di lakukan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu selama 5 jam bermula dari 12:30 tengahari hingga 6 petang. Dari apa yang kami baca dalam laporan berita sebelum ini, kos rawatan untuk memulihkan wajah Nurul Dahyatul di tanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Baru-baru ni, Kerajaan Negeri Terengganu gempar seketika dengan dakwaan seorang blogger politik bernama Aduka Taruna yang membuat laporan polis bahawa dia dipukul oleh penyokong-penyokong PAS di depan Masjid Rusila, Kemaman, Terengganu  selepas menunaikan sembahyang Jumaat.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.