Home > News > Nur Dania Qistina Nurafizan didera 73 kesan cedera

Nur Dania Qistina Nurafizan didera 73 kesan cedera

Nur Dania Qistina Nurafizan, Gambar Nur Dania Qistina Nurafizan, Nur Dania Qistina Nurafizan didera 73 kesan cedera, Nur Aquilla Razali
Nur Dania Qistina Nurafizan, Gambar Nur Dania Qistina Nurafizan, Nur Dania Qistina Nurafizan didera 73 kesan cedera, Nur Aquilla Razali
Nur Dania Qistina Nurafizan, Gambar Nur Dania Qistina Nurafizan, Nur Dania Qistina Nurafizan didera 73 kesan cedera, Nur Aquilla Razali SAYU...jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Tenggaroh 6, semalam.
SAYU…jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Tenggaroh 6, semalam.
JOHOR BAHRU: Tujuh puluh tiga kesan cedera pada seluruh tubuh menjadi petunjuk punca kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun akibat didera dan bukan disebabkan lemas seperti didakwa ibu tirinya.

Nur Dania Qistina Nurafizan yang tinggal bersama bapa dan ibu tirinya yang berusia 25 tahun di Kampung Sungai Tiram di sini, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, pagi kelmarin, selepas dibawa ke hospital oleh bapanya yang memberitahu dia lemas dalam baldi.

Bagaimanapun, hasil bedah siasat dilakukan, pihak hospital mengesyaki punca kematian kanak-kanak itu akibat didera dengan kejam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh berdasarkan laporan bedah siasat yang diterima polis, tengah hari semalam.

Menurutnya, laporan menunjukkan mangsa mempunyai 73 kesan penderaan fizikal selain lebam di dada.

“Doktor juga mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana mengalami pendarahan dalaman di paru-paru dan menolak dakwaan ibu tiri mangsa yang menyatakan kanak-kanak itu lemas.

“Dalam laporan, bapa mangsa mendakwa menerima panggilan daripada isterinya pada jam 8.30 pagi ketika berada di tempat kerja dan wanita itu menyatakan anak kedua suaminya hasil perkahwinan pertama lelaki itu ditemui tidak sedarkan diri dan lemas di dalam baldi.

“Lelaki terbabit membawa mangsa dari rumah mereka di Kampung Sungai Tiram di sini ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

“Bagaimanapun, lelaki itu menyatakan anaknya tidak dapat diselamatkan dan hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia di hospital,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Roslan berkata, mengikut laporan bedah siasat, dakwaan ibu tiri mangsa bahawa mangsa lemas tidak benar kerana tiada tanda lemas dikenal pasti sebaliknya ada 73 kesan penderaan dan pendarahan dalaman di paru-paru.

Menurutnya, polis sudah menahan ibu tiri terbabit bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ibu luluh dapat peluk jasad selepas 3 bulan tak bertemu

JOHOR BAHRU: Kerinduan seorang kerani akaun untuk menemui anak perempuannya berusia tiga tahun sejak tiga bulan lalu, luluh apabila hanya dapat memeluk jasad kanak-kanak itu yang meninggal dunia dengan 73 kesan kecederaan di badannya dipercayai akibat didera. Nur Aquilla Razali, 27, hanya mampu meratap pemergian anak keduanya itu, Nur Dania Qistina Nurafizan, serta pengsan beberapa kali selepas menuntut jenazah kanak-kanak itu di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, tengah hari semalam. Tidak mampu menahan sebak, wanita itu turut pengsan beberapa kali menyebabkan beliau gagal ditemubual sehingga kanak-kanak itu dikebumikan di kampungnya di Tanah Perkuburan Islam Felda Tenggaroh 6, dekat Mersing kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Adik Nur Aquilla, Mohd Kamaruzzaman, 25, berkata kakak sulungnya itu merindui Nur Dania serta dua lagi anaknya masing-masing perempuan berusia lima tahun dan lelaki berusia setahun, selepas mereka menetap dengan bapa mereka sejak tiga bulan lalu.

Beliau berkata, kakaknya pernah cuba mencari mangsa dan dua anaknya itu namun menemui jalan buntu apabila dimaklumkan keluarga suaminya mereka tidak tahu di mana kanak-kanak itu berada.

“Namun semalam, abang ipar menghubungi saya dan memaklumkan Nur Dania sudah tiada. Saya sendiri memberitahu Nur Aquilla kejadian menimpa anaknya menyebabkan beliau agak sebak.
“Nur Aquilla sudah lama cari anak beliau, tahu-tahu saja anak keduanya, Nur Dania sudah menjadi arwah,” katanya ketika dihubungi di rumahnya di FELDA Tenggaroh 6, semalam.

Difahamkan, anak lelaki Nur Aquilla turut mendapat rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, berikutan kesan lebam pada muka, belakang telinga dan punggung selain mengidap demam sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, berdasarkan laporan yang dibuat di Balai Polis Tiram, bapa mangsa Nurafizan Ludin, 30, menyatakan beliau menerima panggilan daripada isterinya, iaitu ibu tiri Nur Dania, mangsa tidak sedarkan diri selepas lemas dalam baldi di rumah pada kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin.

Katanya, bapa mangsa yang bekerja di sebuah kilang di Pasir Gudang kemudian membawa Nur Dania ke hospital sebelum kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh doktor di HSI kira-kira sejam kemudian.

Roslan berkata, laporan bedah siasat ke atas mangsa mendapati ada 73 kesan kecederaan di seluruh badannya dan doktor mengesahkan mangsa mati akibat pendarahan dalam paru-parunya dipercayai akibat penderaan fizikal.

“Polis akan menahan bapa dan ibu tiri mangsa dalam masa terdekat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

  1. Fitri Syawal
    January 11th, 2011 at 12:10 | #1

    Celaka kepada Pembunuh!

  2. nor
    January 11th, 2011 at 20:40 | #2

    teringin nk tgk ganba mak tiri die..kalau aku jumpe die kt area johor ni mmg siap laa…..

  3. kenshin himura
    January 24th, 2011 at 18:23 | #3

    aku x paham la apsal mak dia kasi anak dia kat laki tuh ngan pompuan tuh?? citer skit..pastu apsal mak dia cakap nak bela anak dia yang lagi 2 orang tuh sampai jumpa pengasuh jaga anak dia?? mak dia xnak kat anak2 dia yang lain tuh ke? aku x paham la.. mak ngan ayah sama ja..dah ada anak xnak jaga..apa nak jadik la orang zaman sekarang nih.. pastu dapat mak tiri, bunuh anak tiri..bodoh la..

  1. No trackbacks yet.