Home > News > Dipenjara ugut bekas isteri

Dipenjara ugut bekas isteri

December 21st, 2010 Leave a comment Go to comments

MELAKA – Gara-gara mengeluarkan kata-kata ugutan kepada bekas isteri, seorang kontraktor dijatuhi hukuman penjara lima hari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Mohd. Fairuz Johari menjatuhkan hukuman itu terhadap Harun Zainal, 37, selepas meneliti semua fakta kes yang dikemukakan Pegawai Pendakwa, Inspektor Rosli Rasi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menakutkan secara jenayah yang boleh menyebabkan kematian atau cedera parah terhadap Jamilah Nikmat, 43, dengan mengeluarkan perkataan aku mahu bunuh kau pada 2 Julai lalu, pukul 5.30 petang.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.