Home > News > Cole bikin kotor

Cole bikin kotor

HANYA kira-kira seminggu lalu, dia dilihat begitu bertanggungjawab kerana sanggup meluangkan masa membuang sendiri sampah ke tempat yang sepatutnya.

Masalahnya, sikap terpuji itu hanya dapat dipandang peminat dari jauh.

Di kalangan penduduk setempat di Beverly Hills, Amerika Syarikat, kehadiran Ashley Cole tidak lebih daripada membawa masalah berpanjangan kepada mereka.

Bintang kelab bola sepak Chelsea itu dilaporkan sering menaikkan kemarahan jiran kerana menjadikan laluan di kawasan itu kecoh.

Menurut sumber, Cole gemar membawa pulang makanan dari restoran dan bekas sampah yang disediakan di kawasan berkenaan tidak mampu menampung lebihan berkenaan.

Keadaan itu pasti tidak di?senangi di kalangan penghuni penempatan mewah di situ.

Disebabkan pembaziran berkenaan, bekas sampah di depan kediaman Cole sentiasa melimpah dengan barang kotoran, termasuk pinggan kertas dan beg kosong.

Apa pun alasannya, penduduk di situ berkata, mereka semakin bosan dan hilang sabar dengan kelakuan Cole.

Seorang daripada mereka yang enggan didedahkan identitinya, pada ketika tertentu dia terfikir untuk bertindak ke atas Cole.

“Keadaan di sini sangat teruk dan berbau busuk!” katanya.

Kata lelaki terbabit, Cole mengubah kediaman yang tenang, bersih dan dihormati itu menjadi seolah-olah kawasan tapak pembuangan sampah.

“Suasana di sini kini sangat menjijikkan,” katanya.

Bermain di England, Cole, 30, berada di Los Angeles selama dua minggu untuk bercuti dengan menumpang di rumah rakannya.

Selain Cole, turut menyertai percutian itu ialah pemain Manchester City, Shaun Wright Phillips dan Wayne Bridge, selain pemain pertahanan Bolton Wanderers Zat Knight.

Mereka menginap di rumah mewah enam bilik di Hollywood Hills – dilaporkan bernilai lebih RM21 juta.

Ia terletak di kawasan seluas lebih 10,000 kaki persegi.

Setiap bilik tidur itu dibina sebagai sebuah suite.

Untuk keselesaan penghuninya, kediaman berkenaan turut dilengkapi kolam renang, ruang makan luas, selain dapur dan bilik tayangan filem.

Cole terbang meninggalkan England selepas dikatakan meluangkan masa dengan bekas isterinya, Cheryl Cole, yang kini dilihat sengaja mengelak daripada publisiti ekoran penyingkiran mengaibkan daripada program X Factor edisi Amerika Syarikat.

Walaupun laporan mendakwa keluarga Cheryl keberatan dia menjalin semula hubungan cinta dengan Cole, penyanyi Girls Aloud itu yakin masih ada harapan untuk mereka bersatu semula.

Satu laporan mendakwa, Cole juga semakin yakin diberi kesempatan sekali lagi.
Justeru, Cole dilaporkan membeli seekor anjing chihuahua untuk dijadikan hadiah hari lahir ke-28 Cheryl minggu ini.

Anjing jenis itu memang digemari Cheryl.

Ketika ini pun, Cheryl memiliki dua anjing chihuahua – dinamakan Coco dan Buster.

Categories: News Tags:
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.