mysifu.net

Tarikh Kahwin Yusry KRU dan Lisa Surihani
PETALING JAYA: Selepas sekian lama berteka-teki mengenai tarikh perkahwinan mereka, pasangan artis Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim akan membuat pengumuman istimewa mengenai perkara itu pada Sabtu ini.

Jemputan mengenai pengumuman berkenaan telah dihantar oleh pihak KRU Studios kepada pihak media pada petang Khamis.

Majlis berkenaan akan diadakan pada pukul 10.30 pagi di Hotel Marriott, Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim yang juga abang kepada Yusry ketika dihubungi bagi mengesahkan perkara itu hanya ketawa dan memberitahu akan menjelaskan perkara sebenar kepada pihak media pada hari berkenaan.

“Ia merupakan satu pengumuman istimewa dan pastinya ia akan diberitahu pada majlis nanti. Kalau saya beritahu sekarang tak ada kejutanlah,” katanya berseloroh.

Pada pengumuman itu nanti, ibu bapa Yusry iaitu Abdul Halim dan Zarina Fenner serta ibu Lisa, Siti Amira Ahmad juga akan turut serta.

Difahamkan Yusry dan Lisa akan bernikah pada awal tahun depan yang mana majlis berkenaan akan mendapat liputan secara langsung menerusi saluran Astro.

Pasangan tersebut sudah mula rapat sejak Mac lalu dan sering berhubungan menerusi telefon bimbit masing-masing sejak setahun yang lepas.

Kemudian kedua-dua mereka membuat pengakuan pertama pada bulan Jun bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan lebih daripada seorang kawan dan menganggap ia sebuah perhubungan yang matang.

Jamal Abdillah Keluar Rumah Pengasih
PETALING JAYA: Penyanyi popular Jamal Ubaidillah Ali atau lebih dikenali sebagai Jamal Abdillah mengaku lebih tenang menjalani kehidupan seorang diri selepas meninggalkan rumah perlindungan Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), awal November lalu.

Katanya, dia kini menjalani kehidupannya seperti biasa dan sibuk dengan beberapa perniagaan yang dijalankan.

“Saya berasa lebih tenang menjalani kehidupan seharian saya berbanding ketika berada “di dalam” (rumah Pengasih). Lagi pula saya tidak mahu menumpang terlalu lama di rumah orang,

“Insya-Allah selepas rumah saya siap awal tahun depan saya akan memulakan hidup baru di sana,” katanya ketika ditemui di majlis minum petang bersama Jamal Abdillah, di sini, Khamis.

Jamal diminta mengulas tentang tindakannya keluar dari rumah Pengasih yang telah diduduki lebih lima tahun.

Bagaimanapun, dia enggan menjawab tentang tuduhan pengerusi Pengasih yang kecewa terhadap sikapnya sepanjang berada di rumah perlindungan tersebut.

“Saya mempunyai bukti yang kukuh terhadap sumbangan saya kepada Pengasih jika dia mendakwa saya tidak mempunyai apa-apa sumbangan.

“Namun ini bukan masa yang sesuai, mungkin nanti saya akan adakan satu sidang media untuk menjelaskan perkara sebenar,” katanya.

Tambahnya, tuduhan yang dilemparkan pihak pengasih sedikit sebanyak memberi tekanan dan menjejaskan reputasinya sebagai seorang artis.

“Perkara ini memberi tekanan pada saya dan mengganggu kehidupan saya terutamanya berhadapan dengan tanggapan masyarakat luar dan peminat,” ujarnya.

Anak Didie Alias Dapat 8A PMR
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Didie Alias menganggap kejayaan anak ketiganya, Nur Dinie Ridzuan, 15, merangkul 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebagai satu hadiah paling istimewa buat dirinya.

Didie Alias berkata kejayaan anaknya dalam PMR yang diumumkan Khamis itu bagaikan pengubat kepada semua hasil penat lelahnya selama ini.

“Ketika nama Nur Dinie diumumkan di dewan Sekolah Kebangsaan Bukit Indah, Ampang, saya sendiri terkejut dan tidak percaya kerana hanya tiga orang sahaja yang diumumkan mendapat 8A.

“Sebagai seorang ibu sudah tentu ada perasaan bangga dan ini merupakan hadiah paling istimewa buat saya. Biar apa juga orang ingin kata tentang saya namun kejayaan ini membuktikan saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan baik,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Ditanya tentang kunci kejayaan anaknya, Didie berkata dia sentiasa memantau pembelajaran setiap anaknya biarpun sibuk dengan kerjaya.

“Saya tidak nampak dia belajar 24 jam tetapi saya yakin dia menumpukan perhatian sewaktu di sekolah selain mengikuti kelas tambahan di luar waktu sekolah.

“Sebagai ibu sudah tentu saya pantau setiap perkembangan persekolahan dan prestasi akademiknya dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Sementara itu, jelas Didie dia masih belum merancang sebarang hadiah sebagai ganjaran atas kejayaan tersebut.

“Saya tidak janjikan apa-apa pada dia dan dia juga hanya minta doa dari saya untuk berjaya cemerlang PMR ini,” katanya.

Selain Nur Dinie, Didie juga mempunyai empat lagi cahaya mata hasil perkahwinan pertamanya dengan pelakon Ridzuan Hashim iaitu Nur Dania, Muhammad Daniel dan Nur Diyana dan Nur Dayini.

Ramli MS Berpindah Selepas 10 Tahun Tinggal Di Hotel
Ramli MS Berpindah Selepas 10 Tahun Tinggal Di Hotel

PETALING JAYA: Akhirnya, konduktor muzik terkenal, Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS, membuat keputusan untuk berpindah ke rumah yang baru dibelinya awal tahun depan selepas 10 tahun menetap di sebuah hotel.

Ramli berkata, sudah sampai masanya untuk dia memikirkan masa depan dengan memiliki sebuah rumah yang selesa agar dapat tinggal bersama ibunya yang masih lagi menetap di Singapura.

“Antara sebab saya tinggal di hotel selama ini kerana kemudahan yang disediakan memudahkan saya yang sentiasa sibuk menguruskan kerjaya seni dan tidak perlu nak fikir tentang masalah rumah bersepah, keselamatan dan sebagainya.

“Bagaimanapun, saya juga perlu memikirkan tentang masa depan. Insya-Allah saya akan membawa ibu bersama-sama untuk berpindah sekitar bulan Januari atau Februari akan datang,” katanya ketika ditemui di hotel penginapan di sini.

Tambah Ramli, dia juga akan mengubahsuai salah satu bilik di rumah itu untuk dijadikan sebuah studio mini bagi memudahkan dirinya untuk menghabiskan kerja-kerja seninnya itu.

Dalam pada itu, Ramli menafikan sekeras-kerasnya bahawa perpindahan tersebut dibuat kerana bakal menamatkan zaman dudanya dalam masa terdekat ini.

“Sikap saya lain, banyak perkara yang perlu diuruskan dulu seperti anak-anak, kerjaya dan urusan pembelian rumah baru. Jadi saya tak terfikir pun untuk berkahwin dalam buat masa ini.

“Tapi semestinya saya mahu kahwin satu hari nanti,” selorohnya.

Bercerita mengenai cara hidupnya sepanjang 10 tahun menetap di hotel, tiada memori yang indah untuk diingati dek kerana terlalu fokus dengan kerjayanya, tetapi gembira, pekerja hotel berkenaan melayannya dengan baik.

“Memandangkan sudah lama saya tinggal di sini, mereka telah memberi kebebasan untuk saya.

“Bayangkan, mereka turut membenarkan saya memasak di dapur hotel. Alhamdulillah, saya dilayan dengan baik. Mungkin selepas berpindah nanti saya akan rasa perbezaannya.

“Lebih-lebih lagi dari segi penjagaan dan sekuriti rumah. Harap-harap saya dapat menguruskannya dengan baik,” kata Ramli.

Perkahwinan Fasha Sandha
Aktres jelita, Fasha Sandha, masih merahsiakan lagi tarikh perkahwinannya dengan kekasihnya sehingga sampai pada masa yang akan diberitahu kelak.

Sebelum ini, apabila gambarnya sedang mencuba pakaian pengantin telah tersebar di laman sosial, pelbagai spekulasi timbul mengatakan Fasha akan menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat bersama bekas suami Nora Danish, Rizal Ashram, atau lebih dikenali sebagai Jejai.

Fasha yang ditemui ketika majlis pelancaran filem “Penanggal” di Restoran Al-Andalus baru-baru ini, menafikan spekulasi tersebut tetapi mengakui akan memberitahu tarikh perkahwinannya pada umum kelak.

“Kalau awal tahun depan memang tidak akan berlaku apa-apa majlis seperti yang dikhabarkan kerana bulan Februari sahaja, saya sibuk dengan pengambaran drama “Seindah Sakura” dan akan berada di Perancis. Apa yang boleh saya katakan kini apabila sampai masanya akan saya beritahu kepada umum berita baik itu dan tidak akan merahsiakannya.”

“Bukan tidak mahu memberitahu pada masa ini, cuma kita tidak tahu apa akan jadi masa depan. Apabila hampir tiba masanya akan saya beritahu kepada semua. Jadi saya berharap doakanlah agar kebahagiaan berpihak kepada saya. Insyaallah akan tiba masanya,” katanya.

Pada masa sama, aktres berusia 27 tahun ini memberitahu bahawa dia telah menolak tiga tawaran berlakon kerana mahu berlakon dalam filem “Penanggal” kerana mempunyai keunikkanya tersendiri.

“Dah tiga tawaran berlakon saya tolak sebelum ini dan rasa ralat juga, tetapi watak dalam filem ini sangat bagus dan ini adalah filem pertama saya yang memerlukan saya bercakap bahasa Arab,” ujarnya.

Jelasnya, pertama kali dia membaca skrip filem itu dia agak risau kerana watak yang dipegangnya sangat mencabar dan memerlukan permainan emosi dalaman.

Fasha yang akan memegang watak Sharifah Zahra, mengakui bahawa berlakon di bawah arahan pengarah yang pertama kali mengarahkan filem, Ellie Suraity, banyak memberinya pengalaman.

“Kak Ellie juga merupakan seorang pelakon yang bagus, dia tahu kelemahan dan kelebihan saya dan menerusi filem ini dia banyak mencorakkan karakter saya.

“Dia menjadikan saya sempurna dalam filem “Penanggal,” kata gadis berasal dari Johor Bahru itu.

Tambah Fasha lagi, walaupun Ellie Suraity sedang mengandung, namum pergerakkannya tidak seperti orang mengandung kerana dia sangat rajin dan tidak tahu duduk diam.

Penggambaran filem “Penanggal” ini telah pun memulakan penggambaran pada 10 Disember lalu dan dijangka akan tamat pada 26 Januari pada tahun hadapan.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM2.1 juta ini akan menampilkan Zul Ariffin, Ummi Nazeera, Azri Iskandar dan Fasha Sandha sebagai pelakon utama.

Dan turut membintangi filem ini iailah Kusdiwadinata, Normah Damanhuri, Latif Borgiba, Fauziah Nawi, Haeriyanto, Wan Suhaimi, Anne Abdullah, Rozie Othman dan Henzi Andalas. Dan turut membuat penampilan istimewa dalam filem “Penanggal” ialah Biduanita Negara, Dato Sharifah Aini.

Adlin vs. Chef Wan di Facebook
Seperti menjadi trend artis di Malaysia ini, meluahkan perasaan marah terhadap rakan artis di laman sosial mereka, bukan sahaja memalukan diri sendiri malahan menunjukkan contoh yang tidak baik terhadap peminat.

Inilah yang terjadi di antara pelawak terkenal Adlin Aman Ramlie dan juga Chef terkenal, Chef Wan, yang menyelar tindakkan Adlin ketika membuat persembahan Maharaja Lawak Mega yang dikatakan terlampau sehingga sanggup melawak tentang arwah ayahnya sendiri. Kemudian, Chef Wan dengan beraninya telah memberi komen peribadi di dalam akaun Facebooknya tentang persembahan Adlin di dalam pertandingan tersebut.

Adlin Aman Ramlie tanpa berfikir panjang, telah menjawab apa yang dikatakan oleh Chef wan dan mengisytiharkan ‘perang di laman sosial’ di antara mereka berdua.

Tindakan mereka berdua ini sememangnya tidak professional dan tidak menampakkan kematangan mereka yang sememangnya telah lama di persada dunia hiburan.

Adlin juga kelihatan kecewa kerana tidak berjaya mara ke peringkat akhir, perjalanan Adlin di dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega berakhir pada minggu ke – 8.

Wan Sharmila Wan Mohamed Masih Mencari Calon Suami Sesuai
Pelakon dan pengacara hitam manis, Wan Sharmila Wan Mohamed atau lebih dikenali sebagai Wan Sharmila, sudah tiga tahun kembali hidup membujang selepas mahligai yang dibina bersama penerbit dan pemilik Radius One, Fazli Baharom, musnah selepas mereka bercerai pada 2009.

Dipetik dari Harian Metro, sehingga sekarang Wan Sharmila masih tidak menemui pengganti bagi mengisi kekosongan hidupnya yang ditinggalkan bekas suaminya.

“Saya akui memang mempunyai ramai kawan lelaki, tapi masih belum berjumpa calon suami yang sesuai lagi. Insya-Allah jika bertemu jodoh, saya merancang untuk buat majlis yang ringkas saja pada hari bersejarah nanti,” ujarnya.

Walaupun sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan bekas suami, janda berusia 29 tahun ini memberitahu bahawa hubungan mereka baik dan tiada masalah baginya untuk berkerjasama dengan produksi Radius One milik bekas suaminya itu.

“Saya juga berlakon dalam cerita untuk slot Senda Pagi di TV9 terbitan Radius One. Selain itu, saya terbabit dalam alih suara watak Enot dalam program terbitan Radius One itu. Apapun, saya selesa dengan kehidupan solo ketika ini,” katanya.

Wan dan bekas suaminya yang merupakan penerbit Radius One Sdn Bhd, Fazli Baharom, telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Johor Bahru pada 23 Oktober 2009. Dan sepanjang tiga tahun melayari bahtera bersama, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Zulkifli Ariffin Sayangkan Abby Abadi
Tiga tahun menyulam cinta dan kasih sayang bersama pelakon, Abby Abadi, namun bintang siri “Gerak Khas” , Zulkifli Ariffin atau lebih mesra dengan nama Zul Ariffin, terpaksa akur dengan ketentuan takdir apabila akhirnya berpisah tanpa sebab yang kukuh.

Zul memberitahu walaupun sudah berpisah, ia tidak menghalangnya dari terus berhubung dengan bekas kekasihnya itu. Dan Zul memberitahu bahawa dia masih mengambil tahu mengenai perkembangan diri Abby dan tiga anaknya melalui laman sosial Facebook milik Abby.

Pelakon bertubuh sasa ini turut memberitahu bahawa dia dan Abby masih baik dan dia menghormati Abby sebagai seorang kawan. Zul juga menggambarkan bekas kekasihnya itu sebagai the best person yang pernah mucul dalam hidupnya selain dari keluargannya.

“Hubungan saya dengan Abby masih baik. Kadang-kadang kami saling bertanya khabar melalui panggilan telefon atau pun berbalas SMS. Hubungan kami dah habis, tapi perasaan sayang kepadanya itu masih ada. Kerana percintaan kami bukan terbina selama tiga hari, tetapi tiga tahun lamanya.”

“Sudah tentu ia masih berbekas di hati saya. Apatahlagi biasanya kalau kita kenal rapat dengan seseorang itu, 5% tentang dirinya pasti ada pada diri kita”, katanya

Sementara itu, ketika ditanya adakah dia akan kembali menjalinkan hubungan dengan bekas penyanyi kumpulan Elite itu, pemuda berusia 25 tahun ini dengan ringkas menjawab, ‘mungkin’.

“Jodoh dan maut di tangan Tuhan. Jadi sama ada kami akan bersama semula atau tidak, tunggu dan lihat pada takdir Ilahi. Mungkin ya atau tidak kita tidak tahu apa yang berlaku masa depan.”

“Malah sehingga ke hari ini, jika orang masih kaitkan saya dengannya, saya langsung tidak ada masalah kerana kami masih berkawan dan berhubung bertanya khabar,” katanya ketika ditemui pada pelancaran filem “Penanggal”.

Zul dan Abby dilaporkan berpisah pada Oktober lalu, selepas Abby menyatakan sendiri di laman blognya peribadinya.

Perkahwinan Farid Kamil & Diana Danielle
22 Dis – Tiga tahun mereka menyulam cinta sebagai sepasang kekasih dan hubungan itu pernah terputus pada satu ketika dulu, namum bak kata pepatah, ‘kalau dah jodoh tak mana’, mereka kembali bersama bercinta sekitar bulan Mei lalu apabila Diana sendiri mengesahkan di laman sosial Twitter peribadinya.

Ini bukan main romantik lagi apabila mereka datang bersama dengan menaiki satu kereta ketika menghadiri sidang media filem terbaru mereka, “Hantu Gangster”, di Taman Pengkalan Batu, Klang baru-baru ini.

Pasangan ini yang sedar akan kehadiran media ketika berada di lokasi cuba untuk tidak duduk bersama, malah ketika sesi fotografi beramai-ramai bersama pengarah dan pelakon lain, Diana tidak mahu duduk bersebelahan dengan kekasihnya itu.

Apabila mereka diminta untuk mengambil gambar bersama, dengan pantas mereka menolak. Dan ketika Farid ditanya mengenai hubungan mereka seterusnya, ini jawapan yang diberi Farid.

“Kami menunggu seru ke arah kebaikan. InsyaAllah, kita tunggu dan lihat saja. Ada juga perbincangan yang terperinci tentang perkara itu, tapi bila tarikhnya, tak diketahui lagi,” ujarnya.

Pada masa sama, Diana tidak menafikan bahawa mereka ada berbincang untuk membawa hubungan mereka ke peringkat seterusnya.

“Setakat ini hubungan kami berdua ‘okay’. Tidak dinafikan kami ada bercakap mengenai perkahwinan, tetapi bercakap tak sama dan berbeza sekali dengan merealisasikannya. Lagipun, saya baru 20 tahun, untuk pikul tanggungjawab isteri itu, saya kena pastikan yang saya sudah betul-betul bersedia. Malah, salah satu sebab perkara ini agak lambat sikit sebab saya merancang untuk menyambung pelajaran dulu,” jelas Diana.

Shah Indrawan Ismail Tomok, & pasangannya Siti Rahayu Abbas Ayu
LAPAN tahun adalah tempoh cukup menduga bagi pasangan berkasih  mempertahankan cinta dan selalu kita dengar berakhir dengan perpisahan  sebagaimana judul lagu Pelamin Anganku Musnah dendangan penyanyi  kelahiran Sarawak, Azie.

Namun, berbeza bagi Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 27, serta  pasangannya Siti Rahayu Abbas (Ayu), 32, yang menjadikan kesetiaan,  kejujuran serta sifat sabar sebagai teras dalam perhubungan yang  akhirnya membawa mereka  sehingga ke jenjang pelamin.

Syukur dipanjatkan kedua-dua mempelai, usai majlis pernikahan mereka  yang berlangsung malam  Jumaat lalu bertempat di Dewan Serbaguna AU2  Taman Keramat, Kuala Lumpur yang dihiasi indah sentuhan Nas Great Idea.

Keyakinan dan kesediaan Tomok memperisterikan Ayu jelas terpancar apabila lafaz akad nikah diucapkannya sekali saja.

“Saya sangat-sangat gembira sebaik lafaz akad nikah selesai tadi  kerana akhirnya dapat memperisterikan Ayu selepas lapan tahun kami  bercinta.

“Sepanjang tempoh itu pelbagai dugaan kami tempuhi, melalui susah senang  bersama namun hasrat murni kami tercapai. Kenapa saya mengambil masa  lapan tahun, menurut saya semua ini adalah soal jodoh.

“Kalau  ikutkan kami rancang berkahwin tahun lalu tetapi terpaksa menundanya  kerana sibuk dengan karier masing-masing. Bagaimanapun, sejak tujuh  bulan lalu kami secara serius merancang perkahwinan ini,” katanya.

Ayu,  wanita manis berlesung pipit dan persis wajah pelakon sensasi, Rozita  Che Wan, yang tidak lokek dengan senyuman juga merasai perasaan yang  sama sebagaimana suaminya, Tomok.

“Seronok dan gembira. Sudah lama saya menantikan saat ini dan akhirnya kami disatukan,” katanya.

Bagi  seorang wanita, menanti terlalu lama mungkin ada kalanya mudah  membuatkan mereka berubah hati. Namun, Ayu sempat ditanya apakah  keistimewaan Tomok sehing?ga dirinya rela dan sabar menung?gu Tomok.

“Satu perkataan mampu mentafsirkan hubungan kami adalah serasi  bersama. Dia (Tomok) seorang yang penyabar dengan sikap saya, mengambil  berat selain jujur pada cintanya,” ujar anak bongsu daripada dua beradik  ini.

Bertemankan kekasih seorang artis menuntut kesabaran  yang tinggi apabila menyedari Tomok mempunyai ramai peminat wanita.  Namun, Ayu amat menghormati kerjaya Tomok dan memberi kelonggaran  padanya asalkan tidak dipersia dan disalah guna.

Tomok yang  terharu dengan kata-kata indah ungkapan isterinya itu berkata, mencari  calon isteri bukan mudah apatah lagi bagi orang seni sepertinya.

“Sebagai  selebriti waktu kerja kami sering saja tidak tentu masa. Jadi mencari  isteri ini perlu yang benar-benar memahami cara kerja saya. Sama juga  dia cukup sabar misalnya dengan gosip-gosip liar dikaitkan dengan saya.

“Walau  ada kalanya perkara itu membuatkan kita berdua tertekan, namun masalah  apa-apa pun yang kami hadapi akan diselesaikan dengan cara yang baik.

“Keistimewaan  lain yang ada pada Ayu, selain dia seorang yang cantik, penyayang, dia  pandai memasak dan buat kek. Itu lagi satu tarikan yang menambat hati  saya.

“Saya  berharap perkahwinan kami berkekalan, biarlah ia  menjadi perkahwinan pertama dan terakhir saya. Dengan kehadiran seorang  isteri, saya juga mengharapkan dapat menghasilkan karya muzik yang lebih  baik selepas ini,” katanya.

Tomok juga sempat menjelaskan  tindakannya sebelum ini merahsiakan percintaannya dengan Ayu atas alasan  tidak gemar berkongsi kisah peribadi, sebaliknya lebih suka  meuar-uarkan soal kerjaya.

Pada temu bual yang sama juga, dia  memanjatkan rasa syukur dan gembira apabila melihat peminatnya serta  peminat New Boyz sangat menyokong keputusan untuk berkahwin.

Menyingkap  perkenalan Tomok dan Ayu, pasangan ini berkenalan pada 2003 dalam satu  pertemuan tidak disengajakan. Ketika itu Tomok yang baru berusia 19  tahun terbabit dalam penggambaran telemovie bersama New Boyz di Cheras.

“Ayu yang melalui kawasan penggambaran itu dan saya memulakan langkah untuk berkenalan dengannya.

Kami  bertukar-tukar nombor telefon. Namun, hubungan persahabatan dijalin  bertukar menjadi cinta sehingga membawa ke jenjang pelamin,” kata Tomok  lagi.

Pasangan merpati dua sejoli yang mengenakan persalinan  rekaan Hatta Dolmat itu dinikahkan Pegawai Takbir Agama Pendaftar Kanan  Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Haji Daim Haji Jajuli, tepat jam 9.10  malam.

Tomok menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 kepada mempelai perempuan yang berwalikan bapa kandung, Haji Abas Mohd Saidon.

Termasuk  wang hantaran RM12, 697.11 berserta sembilan dulang hantaran  iaitu  cincin, set barang kemas, sepersalinan  baju, kek, pewangi dan alat  solek, tas tangan, sirih junjung dan al-Quran.

Sebagai pelengkap  adat, pengantin perempuan membalas 11 dulang berisikan al-Quran, sirih  junjung, cincin, baju Melayu, kasut, kaca mata, jam tangan, beg duit,  pewangi, kek dan sejadah.

Tomok, sempat berkongsi pemilihan jumlah wang hantaran yang memperkenankan angka cukup unik, RM12, 697.11.

“1a  adalah simbolik kepada tarikh pernikahan kami iaitu 1 Julai, 2 atau 2  Julai persandingan sebelah isteri (Ayu), 6 (6 Julai) majlis persandingan  tertutup di Saloma Bistro khas untuk rakan artis dan media.

“Manakala  9 (9 Julai) majlis resepsi keluarga saya akan dilangsungkan pada 9  Julai di rumah ibu bapa saya di Alam Damai, Cheras. 7 pula adalah  simbolik kepada bulan Julai sementara 11 membawa maksud 2011,” katanya.

Sebelum  mengakhiri perbualan, vokalis kumpulan New Boyz  juga Juara One In A  Million musim ke-3, sempat ditanya mengenai destinasi bulan madu serta  perancangan mempunyai anak. Ter?nyata dia inginkan anak segera manakala  lokasi bulan madu belum diputuskan.

“Nak sangat cepat-cepat sebab  saya memang sukakan budak-budak. Kalau boleh saya mahu anak tiga atau  empat, jika ada rezeki lebih tidak kisah.

“Mengenai bulan madu,  kami berdua belum putuskan kerana selesai  keempat-empat majlis resepsi,  saya akan berangkat ke Jakarta untuk menjalani penggambaran telemovie,  Diari Kapas Biru,” katanya.