Home > Entertainment > Songlap, Filem terbaru Shaheizy Sam

Songlap, Filem terbaru Shaheizy Sam

December 20th, 2010 Leave a comment Go to comments

Semalam, jam 3 petang, Primeworks Studios (Grand Brilliance) bersama Red Films telah mengumumkan tamatnya penggambaran sebuah lagi filem terbaru mereka yang bertajuk ‘SONGLAP’ di Chawan, Bangsar.

Filem Songlap, Filem terbaru Shaheizy Sam

Barisan utama bintang filem ini seperti Shaheizy Sam, Syafie Naswip, Sara Ali termasuklah Omar Abdullah, Rozie Rashid, Lisdawati, Eizlan Yusof, Normah Damanhuri, Berg Lee, Izzue Islam dan pengarah filem ini sendiri, Farina Azlina Isahak dan Effendee Mazlan hadir bagi menyerikan majlis tamat penggambaran tersebut.

Kemeriahan majlis ini juga diperhebatkan lagi dengan iringan persembahan tarian oleh pemenang anugerah B-BOY dance group Famous Crew termasuklah tayangan eksklusif sedutan klip filem ‘SONGLAP’ selama lebih kurang 6 minit.

Paparan klip filem tersebut bertujuan untuk memberikan sedikit gambaran kepada pihak media mengenai konsep dan penceritaan yang ingin disampaikan sekaligus dapat memperlihatkan keisitimewaan yang terkandung dalam filem ini.

Filem Songlap

SONGLAP, atau secara terperincinya bermaksud, ‘mengambil sesuatu tanpa kebenaran’, menyelami dunia sosial remaja yang mengandung luar nikah dan jenayah pemerdagangan manusia yang sering menjadi tajuk utama di media massa.

Perkara itu dijadikan inspirasi oleh pengarahnya, Fariza Azlina Isahak dan Effendee Mazlan untuk mengangkat isu semasa itu ke layar perak melalui kisah kehidupan dua beradik yang melibatkan diri dalam kancah sindiket penjualan bayi demi meneruskan hidup mereka yang penuh liku di bandar metropolitan Kuala Lumpur.

AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang terlibat dalam jenayah itu telah didalangi oleh seorang perempuan bergelar MAMA (Eliza Wong). Apabila adik kepada kawan Ad iaitu HAWA (Sara Ali) yang mengandung anak luar nikah turut terjebak dalam kancah penjualan bayi itu, ia telah menyebabkan dua beradik ini, Ad dan Am mula membawa haluan masing-masing.

Filem Songlap, Filem terbaru Shaheizy Sam

Ad tekad untuk membawa dirinya dan Hawa keluar dari kancah dosa itu namun Am tetap ingin terus hidup dengan cara begitu. Niat murni Ad dibayangi oleh PAK DIN (Omar Abdullah), ayah Hawa yang sentiasa menjejaki kehilangan anak perempuannya itu.

Sebuah filem usahasama antara Primeworks Studios (Grand Brilliance) dan Red Films dan merupakan juga projek filem kedua selepas Kami The Movie bersama pengarah dan penulis yang sama ini menjanjikan kelainan dalam pembawaan emosi dalam setiap watak yang merangkumi banyak aksi-aksi seperti perlumbaan kereta, pembunuhan, pergaduhan serta persembahan tarian B-Boy yang pasti setiap satunya memberikan impak yang hebat. Filem penuh aksi ini dijangka menjengah ke pawagam pada tahun 2011.

Filem Songlap, Filem terbaru Shaheizy Sam

Majlis dihoskan oleh Ahmad Fedtri Yahya.

Filem Songlap, Filem terbaru Shaheizy Sam, syafie naswip

Syafie Naswip, antara pelakon pelapis yang bakal bersinar di 2011

Filem Songlap, Filem terbaru Shaheizy Sam

Persembahan oleh Famous Crew

Filem Songlap, Filem terbaru Shaheizy Sam

Pengarah Farina Azlina Isahak

Filem Songlap, Filem terbaru Shaheizy Sam

Pengarah Effendee Mazlan

Filem Songlap, Filem terbaru Shaheizy Sam

Filem Songlap

Bakat baru

Filem Songlap, Filem terbaru Shaheizy Sam

Movie Still Songlap

Filem Songlap, Filem terbaru Shaheizy Sam

Filem Songlap

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.