Home > Entertainment > Sinopsis Review filem Ngangkung

Sinopsis Review filem Ngangkung

December 20th, 2010 Leave a comment Go to comments

Hari ni melayan wayang lagi. Kali ni cerita komedi seram ‘Ngangkung’ plak. Tiba-tiba je rajin tengok wayang. Untuk entri kali ini, akan diceritakan sedikit sebanyak mengenai filem ini.
filem Ngangkung
Sebelum tu,cari dulu apa makna ngangkung..

Mengikut definisi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ia bermakna duduk antara dua pelipat kaki sambil memuja.
Murai.com.my

Layan sinopsis filem ‘Ngankung’:-

Filem ini mengisahkan 3 watak utamanya iaitu Azim,Tasnim dan Wan yang bersahabat baik. Wan dan Tasnim mempunyai tabiat buruk berjudi sehingga sanggup mengamalkan perbuatan syirik untuk menang. Azim pula seorang lelaki pemandu lori yang mempunyai isteri yang sering mendesak untuk mengubah hidup keluarga mereka yang susah. Disebabkan tidak tahan dengan tekanan, Azim mencuba nasib dengan mengikuti Tasnim dan Wan. Permulaannya,selepas bertemu bomoh/pendeta mereka telah mengalami masalah dimana mereka telah gagal menikam nombor. Malahan setiap dari mereka mengalami masalah yang pelbagai selepas itu termasuk bertemu dengan hantu.
Di panjangkan cerita, Azim telah mendapat tugas bekerja ke Kelantan. Dalam perjalanan, secara tiba-tiba beliau telah berjumpa seorang bomoh dan berjaya mendapat nombor. Adakah nombor tersebut memberi tuah kepada Azim?? Saksikanlah sendiri.

Ulasan filem Ngangkung

Secara peribadi,filem ini memang menghiburkan dengan jalan cerita yang tersusun. Filem ini juga tidak banyak membazir scene sebaliknya dipenuhkan dengan adegan-adegan yang mencuit hati. Walaupun ada adegan yang tidak berkaitan namun memberi impak kepada penonton. Lakonan Shaheizy Sam memang mantap. Watak sebagai pemandu lori lurus memang berbeza dengan watak Adnan Sempit ataupun watak antagonis yang sering dilakonkan oleh beliau sebelum ini. Ekspersi muka dan suara yang diubah memang menjadi sekali.Malahan watak sebagai ayah yang mesra dengan anaknya mencuit hati.Bukan senang bagi seorang lelaki bujang nak bawa watak ayah yang baik dengan anak.Adegan beliau menyesal selepas melempang anaknya juga memberi kesan yang mendalam.
Lakonan Azad Jasmin juga menghiburkan. Sebenarnya tak kenal pun dengan pelakon ni tapi wataknya memang lucu.Memang sempoi gak.
Watak Angah Raja Lawak juga mampu menghiburkan dengan keletahnya. Ada juga adegan sedih bila beliau dibelasah oleh Along sebab tak mampu bayar hutang.

Secara amnya,saya memberi cadangan untuk anda menontonnya. 8 dari 10 bintang.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.