Rebecca Nur Al-Islam Ahmad, Nor Azam Sulaiman, 42, Hotel Flamingo, Ampang, Menara Kuala Lumpur
Duda pilihan Rebecca
Gambar AMIN FARIJ HASAN
![]() |
|
Rebecca Nur Al-Islam Ahmad
|
SELAMAT pelakon yang terkenal dengan imej seksi, Rebecca Nur Al-Islam Ahmad ini terjebak dalam bidang seni, dia sering dikaitkan dengan golongan VIP.
Namun akhirnya, gadis berusia 24 tahun ini mengumumkan bahawa si dia bukan seorang berpangkat Datuk, Tan Sri mahupun orang dari seberang seperti yang digembar-gemburkan.
Tetapi si dia yang bertakhta di hati Rebecca merupakan seorang peguam dan duda anak dua iaitu Nor Azam Sulaiman, 42.
Akui si cantik ini, setelah menyulam cinta tiga tahun lalu, mereka akhirnya sepakat untuk membawa percintaan mereka ke tahap yang seterusnya iaitu berkahwin pada 14 Januari depan.
Ujar Rebecca, dia tidak berniat untuk berahsia tentang status hubungannya itu dari mata umum, tetapi sekadar lebih berhati-hati agar ianya tidak terlampau menjadi buah mulut orang.
“Maaf kepada semua, saya bukan berniat untuk berahsia, jauh sekal menipu sebelum ini.
“Saya seorang yang suka berterus terang, tetapi apabila melibatkan soal peribadi saya menjadi lebih berhati-hati.
“Bukan apa, takut nanti saya berkongsi dengan pihak umum, sekali apa yang diharapkan tidak menjadi, sebab itu saya membuat keputusan untuk menutup mulut.
“Saya merancang hanya ingin mengumumkan semuanya apabila tinggal sebulan sahaja lagi saya akan diijabkabulkan, sebab itu majlis pengumuman ini diadakan hari ini,” ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar mengumumkan tarikh perkahwinannya di Butik Chopard, KLCC baru-baru ini.
Keluarga Nor Azam telah merisik Rebecca pada 25 Ogos lalu dan mereka membuat keputusan untuk menjalankan adat bertunang beberapa jam sebelum bernikah nanti.
Majlis persandingan mereka secara tradisional akan diadakan pada keesokan harinya iaitu 15 Januari 2011 di Hotel Flamingo, Ampang. Pada 16 Januari pula akan diadakan majlis persandingan di Menara Kuala Lumpur.
Mengulas tentang gambar dia bersama seorang lelaki yang tersebar di internet baru-baru ini, kata Rebecca, dia tidak dapat mengiyakan apakah lelaki itu adalah si dia yang kini bertahta di dalam hatinya.
“Mungkin ia adalah gambar saya bersama salah seorang abang saya kerana saya mempunyai ramai abang kandung dan kami sememangnya sangat rapat.
“Atau mungkin itu benar-benar si dia. Kita tunggu sahajalah 14 Januari ini dan lihat sendiri,” ujarnya yang turut meminta maaf kerana bakal suaminya terikat dengan urusan kerja di Putrajaya dan tidak dapat hadir padai sidang akhbar itu.
