Home > Entertainment > Kutipan filem Ngangkung

Kutipan filem Ngangkung

December 20th, 2010 Leave a comment Go to comments

Filem Ngangkung

Status terkini heroin filem Ngangkung, Eira Syazira yang membawa watak sebagai seorang isteri kepada hero utama, Sam Shaheizy (Azim) berkongsi kutipan terkini filem Ngangkung yang mencapai kutipan sebanyak RM 5.6 juta. Tidak ketinggalan, kami menonton tayangan filem ini di Pavilion, dan percayalah walaupun pada hari bekerja, kerusi panggung hampir penuh!

Tidak mahu bercerita panjang mengenai sinopsis atau jalan cerita, terlalu boring, bukan? Pengarah Ngangkung, memulakan babak filem ini dengan adegan saspen di sebuah tanah perkuburan terpencil, dimana tok bomoh bersama Taznim (Azad Jasmin) & Wan (Angah Raja Lawak) sedang membaca mentera untuk memanggil semangat perigi buta.

Screen shot 2010 12 08 at 11.18.26 AM (Review) Filem Ngangkung Memang Layak Dapat Kutipan RM5.6 Juta

Adegan tersebut walaupun pendek, lakonan Angah sebagai Wan yang terketar-ketar ketakutan meleraikan ketawa seluruh pawagam apabila hantu perigi buta tersebut bermain-main dengan puting dia. Iya’lah, Angah kan boleh tahan debab badan’nya.

Filem komedi seram ini dijayakan lagi dengan kemunculan Lan Pet Pet sebagai pendeta, tetapi Wan & Taznim berjaya mengajak Azim untuk berjumpa dengan pendeta tersebut. Nak dijadikan cerita, selepas pendeta tersebut berjaya mendapatkan nombor daripada hantu, sebaik sahaja pendeta cakap ‘pergi’, hantu tersebut bersama Wan, Taznim & Azim turut hilang bersama. Itu’lah permulaan cerita di mana mereka bertiga diganggu & diekori hantu tersebut.

Ngangkung bukan sekadar komedi seram murahan, banyak mesej yang dihantarkan kepada penonton sepanjang tayangan 120 minit ini. Antara’nya babak selingan seorang gadis & sugar daddy yang ingin mengugurkan kandungan’nya, watak doktor lakonan Azlee Senario memberikan banyak implikasi kepada penonton, di mana Azlee menggunakan aparatus-aparatus tajam & bergerigi ketika menerangkan prosedur penguguran anak kepada pasangan tersebut. Kami pun rasa seram dan kejam apabila diterangkan begitu.

Lagi satu, dialog sinis antara doktor & Taznim. Ketika Taznim lengkap berhelmet keluar daripada kedai nombor ekor, dia ditegur oleh doktor. Doktor ketika itu bercerita hobi memburu, tanpa menggunakan ayat teguran secara terus, menggunakan ungkapan yang amat sinis bunyinya, seperti “tembak biar kena badannya, bukan ekornya, sebab ekor boleh bergerak-gerak,” sambil ibu jari menunjuk ke arah papan tanda kedai nombor ekor.

Ah, banyak betul spoiler yang kami dedahkan di sini. Kalau anda perasan, kami memang kedekut untuk memberikan review positif kepada sesebuah filem. Tak percaya, gali sendiri arkib ohbulan.

Pendek kata, filem Ngangkung berjaya menghiburkan penonton, dalam masa yang sama mesej-mesej penting sampai kepada penonton.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.