Home > Entertainment > Faralyna Idris

Faralyna Idris

December 14th, 2010 Leave a comment Go to comments
CANTIK...Faralyna berpotensi besar dalam lakonan.
CANTIK…Faralyna berpotensi besar dalam lakonan.
FARALYNA...nama mula meniti di bibir peminat selepas Kisah Kaisara.
FARALYNA…nama mula meniti di bibir peminat selepas Kisah Kaisara.

AKSI penuh emosi lakonan aktres remaja meningkat naik, Faralyna Idris, 19, atau Faralyna sebagai Melati dalam drama bersiri, Asmara di slot Lestari TV3, mendapat maklum balas positif daripada penonton.

Begitupun, Faralyna belum berpuas hati dengan mutu lakonannya menerusi drama arahan Heykal Hanafiah itu.

Gadis kelahiran Taiping, Perak mengakui watak berkenaan memerlukannya memainkan penghayatan yang bersungguh-sungguh. Ia ternyata menguji lakonannya malah dia bersyukur kerana mendapat reaksi positif daripada penggemar drama.

Lebih menarik apabila dia mendapat perkhabaran gembira berhubung sambutan baik daripada jumlah penonton yang mengikuti siri itu sekali gus membuatkan TV3 menyambung siaran untuk musim keduanya nanti.

Lebih menggembirakan dirinya apabila berada dalam senarai pencalonan awal Pelakon Baru Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) selepas hampir lima tahun bergelar anak seni. Secara tidak langsung ia sebagai satu pengiktirafan terhadap bakat lakonan yang mula mendapat perhatian sejak membintangi drama remaja popular, Kisah Kaisara.

“Saya bersyukur kerana penonton dapat menerima watak Melati. Saya perlu lebih emosi ketika membawakan watak berkenaan. Memandang?kan sebelum ini saya kerap membawakan watak gadis baik dan remaja nakal. Selain watak emosi saya juga mahu mencuba pelbagai watak termasuk karakter jahat.

“Buat masa ini saya tidak begitu memilih watak yang diberikan. Saya meletakkan diri untuk mencuba pelbagai watak. Begitupun, saya tetap menilai kemampuan diri sebelum menerima sesuatu watak yang ditawarkan,” kata Faral?yna yang mula membabitkan diri dalam dunia peragaan ketika berusia 15 tahun.

Dia masih mengakui dirinya bagaikan individu kecil yang dikelilingi mereka yang jauh lebih berpengalaman dan popular. Jika tersenarai dalam kelompok lima teratas bagi Pelakon Baru ABPBH2010 sudah satu bonus buat dirinya.

Sememangnya peluang berlakon di bawah arahan pengarah berbakat seperti Heykal cukup dinantikan Faralyna selepas beberapa kali terpaksa menolak tawaran bekerjasama disebabkan terikat dengan komitmen lain. Faralyna me?ngakui dirinya masih baru dalam dunia seni malah perlu mengasah bakat lakonannya menerusi perbincangan dan bimbingan daripada pengarah ia ternyata membantu meningkatkan aksi lakonannya.

“Berpegang kepada nasihat daripada pengarah dan rakan pelakon yang berpengalaman, saya sering membayangkan bagaimana menghayati sesuatu watak. Tidak dinafikan saya sering berkhayal untuk melakonkan karakter yang berbeza daripada sikap dan peribadi sebenar saya. Sebagai contoh dalam watak Melati bagaimana saya membayangkan perasaan seorang wanita yang menagih cinta daripada seseorang. Sikap sabar dalam memenangi hati dan perasaan seseorang jejaka cukup sukar.

“Bayangkan bagaimana perasaan seseorang apabila cintanya ditolak. Walaupun berdepan pelbagai tuduhan dan kritikan dia tetap tabah. Tidak dinafikan saya terpaksa meletakkan lebih penghayatan dari segi emosi menerusi drama ini,” katanya.

Akur anak kedua daripada tiga beradik ini, pada mulanya pembabitan terarah kepada bidang peragawati. Begitu selepas menyertai pelbagai uji bakat akhirnya dia mula diberi peluang membintangi drama pertama, Kisah Kaisara. Pembabitan dalam bidang lakonan juga didorong oleh arwah ibu, Jalaliah Ismail yang bercita-cita melihat dirinya mengukir dalam dalam dunia seni.

Malah dia bersyukur kerana mendapat kepercayaan pengarah dan tawaran membintangi drama sentiasa ada. Harapannya untuk menceburkan diri dalam pelbagai cabang seni sentiasa ada ini termasuk melebarkan sayap di layar perak selain menyanyi atau mengacara jika diberi peluang kelak.

“Sebenarnya saya tidak begitu minat membabitkan diri dalam bidang lakonan pada awal. Arwah ibu ba?nyak mendorong saya. Memang menjadi impian arwah untuk melihat anaknya berjaya dalam bidang seni.

“Alhamdulillah selepas hampir lima tahun terbabit dalam bidang lakonan orang sudah nampak kehadiran saya. Memang saya berazam untuk memberikan impak lebih besar dalam dunia lakonan pada masa akan datang itu sasaran saya. Kalau boleh saya juga mahu cuba beraksi di layar perak,” katanya.

Berbicara mengenai cinta, Faralyna tidak menyembunyikan langsung bahawa perasaannya kini sudah dimiliki. Kekasih hati juga seorang pelakon baru dalam dunia seni. Mengakui dirinya sudah dua tahun berkawan dengan teman lelakinya
itu. Buat masa ini dia tidak merancang sesuatu sebaliknya sebagai wanita dia hanya berserah kepada jodoh.

PROFIL

NAMA: Faralyna Idris
ASAL: Taiping, Perak
TARIKH LAHIR: 5 Januari 1991
UMUR: 19 Tahun
ADIK-BERADIK: Anak kedua daripada tiga beradik
KARIER: Pelakon, peragawati
DRAMA: Kisah Kaisara 2 dan 3, Bionik, Lara, Sofea Zahra, Siti TV, Telenofobia, Laila Sari, Tanya Sama Hati, Rambong, Masam Manis, Lipgloss, Asmara
HOBI: Menari, Menyanyi

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.