Belanja di internet sahaja
Belanja di internet sahaja
![]() |
|
Sigi Wimala
|
ARTIS terkenal Indonesia, Sigi Wimala sudah terbiasa menggunakan medium Internet sebagai sebahagian daripada aktiviti hariannya. Maka sebab itulah dia lebih senang untuk membeli belah dengan menggunakan medium itu berbanding pergi sendiri ke pusat membeli-belah.
“Saya suka membeli-belah di Internet kerana lebih mudah selain tak perlu sibuk untuk ke pasar raya.
“Macam-macam benda yang sudah saya beli, terutamanya kasut,” katanya.
Mengakui ada bahaya jika menggunakan Internet, kata Sigi dia bagaimanapun tidak mempunyai masalah setakat ini.
Turut mengaku bukan seorang yang gila Internet, Sigi juga memperuntukkan kira-kira dua atau tiga jam sehari untuk berada di hadapan komputer.
