Archive

Archive for the ‘Weird’ Category

Buaya berwarna oren

January 10th, 2011 No comments

Buaya berwarna oren

Buaya berwarna oren

SEEKOR buaya berwarna oren berjemur di Venice, Florida pada Rabu lalu.


MIAMI, Amerika Syarikat – Gambar seekor buaya berwarna oren dirakamkan di Sorrento Woods, Venice di sini berhampiran rumah seorang nenek, Sylvia Methen baru-baru ini.

Menurut Methen yang berusia 74 tahun, dia tidak menyangka dapat melihat buaya tersebut semasa pulang dari tempat kerja.

“Saya menganggap ia (haiwan itu) hebat. Saya merakamkan gambar dan menghantarnya kepada cucu saya supaya mereka menganggap saya salah seorang nenek yang hebat di Florida,” katanya.

Bukan dia sahaja dapat melihat seekor buaya itu tetapi seorang lagi saksi, Phillip Crosby turut melihat haiwan tersebut.

“Haiwan itu berjemur di atas simen,” katanya.

Menurutnya, dia dapat melihat buaya itu dari dalam keretanya.

“Haiwan itu memang berwarna oren. Kulitnya berwarna oren,” kata Crosby.

Namun, pakar-pakar hidupan liar yang meneliti gambar itu menyatakan haiwan berkenaan dipercayai berwarna oren kerana ia terkena bahan mengandungi warna tersebut. – Agensi

Saintis Jepun cipta tikus berkicau

December 22nd, 2010 No comments

Saintis cipta tikus boleh berkicau seperti burung

SEEKOR tikus yang boleh berkicau seperti burung didedahkan kepada pemberita di Sekolah Graduan Penerokaan Biosains Universiti Osaka

SEEKOR tikus yang boleh berkicau seperti burung didedahkan kepada pemberita di Sekolah Graduan Penerokaan Biosains Universiti Osaka, barat Jepun semalam.



TOKYO – Saintis-saintis Jepun mengumumkan semalam mereka berjaya mencipta tikus yang boleh berkicau seperti burung dalam evolusi kejuruteraan genetik yang diharap dapat membantu merungkai asal usul bahasa manusia suatu hari nanti.

Sekumpulan penyelidik di Universiti Osaka menghasilkan haiwan tersebut menerusi kajian yang dinamakan ‘Projek Evolusi Tikus’ yang mana mereka menggunakan tikus modifikasi genetik yang cenderung bermutasi.

“Mutasi adalah pencetus evolusi. Kami telah membuat kacukan ke atas tikus modifikasi genetik selama beberapa generasi untuk melihat apa yang akan berlaku,” kata ketua penyelidik berkenaan, Arikuni Uchimura.

“Kami memeriksa setiap anak tikus yang baru lahir dan pada suatu hari, kami mendapati seekor anak tikus tersebut boleh berkicau seperti burung,” katanya.

Menurutnya, kelahiran tikus berkicau itu berlaku kerana hukum alam tetapi ciri-ciri berkenaan akan diwarisi oleh generasi akan datang.

Makmal tempat penyelidikan itu dibuat dikendalikan oleh Profesor Takeshi Yagi dari Sekolah Graduan Penerokaan Biosains Universiti Osaka, barat Jepun yang kini memiliki lebih 100 tikus berkicau untuk kajian lanjut.

Pasukan saintis itu berharap penemuan tersebut dapat memberi petunjuk berhubung bagaimana evolusi bahasa manusia berlaku.

Sebelum ini, saintis-saintis mendapati burung-burung yang berkicau menggunakan bunyi berbeza-beza dan menyusunnya seperti perkataan dalam bahasa manusia serta mempunyai tatabahasa tersendiri. – AFP

Orang utan kelas pertama

December 21st, 2010 No comments

Orang utan kelas pertama, SEEKOR orang utan duduk di kelas pertama sebuah feri dari Sepanyol ke Dorset,

SEEKOR orang utan duduk di kelas pertama sebuah feri dari Sepanyol ke Dorset, Britain baru-baru ini.

LONDON – Seekor orang utan berusia 11 bulan yang diberi nama Silvestre diberi layanan istimewa apabila ia dibenarkan duduk di kelas pertama dalam perjalanan feri dari Sepanyol ke Dorset, lapor sebuah akhbar baru-baru ini.

Haiwan itu dibawa ke Pusat Menyelamat Mawas Dunia dekat Wareham di Dorset dari Zoo Santillana di Sepanyol selepas ibunya meminggirkannya selepas ia dilahirkan.

Perpindahan haiwan itu diiringi oleh beberapa kakitangan zoo tersebut.