Archive

Archive for the ‘News’ Category

Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, Tiada lagi ‘halangan’

July 4th, 2011 No comments

Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, Tiada lagi ‘halangan’

Supermodel NATALIA Vodianova bilionair Justin Portman bercerai

July 4th, 2011 No comments

NATALIA Vodianova adalah antara supermodel paling berjaya di dunia sementara Justin Portman pula ialah aristoktrat Inggeris, mewarisi harta berjumlah berbilion-bilion paun.

Namun, kisah cinta antara Portman, yang keluarganya memiliki 110 ekar tanah di tengah London dan Natalia, wanita yang dulunya miskin dan berasal dari Russia dan kini menjadi kaya raya, sudah berakhir.

Pasangan itu yang mempunyai tiga anak hasil perkongsian hidup mereka – Lucas, sembilan, Neva, lima dan Viktor, tiga, berpisah selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Meskipun menafikan mereka akan bercerai sebelum ini, Natalia yang mempunyai harta peribadi berjumlah ?15 juta (RM75 juta), akhirnya mengesahkan khabar angin itu dalam satu wawancara.

Wanita berusia 29 tahun itu memberitahu majalah ES: “Ia sungguh memilukan. Kami tidak bercakap mengenainya. Anak kami menyedari perkembangan itu. Saya tidak fikir saya akan bercakap mengenainya.”

Portman, 41, ialah adik tiri Viscount Portman, lelaki ke-53 paling kaya di Britain dengan harta berjumlah kira-kira ?1.2 bilion (RM6 bilion).

Portman dan Natalia memiliki rumah di seluruh dunia, termasuk kediaman mewah di London, ladang seluas 3,000 ekar Herefordshire, rumah abad ke-14 di Sussex Barat, sebuah kediaman di New York dan sebuah rumah percutian di Uruguay.

Apabila ditanya sama ada dia kini bercinta dengan lelaki lain, Natalia mengaku: “Ya. Sudah tentu.”

Dia bagaimanapun enggan menamakan kekasih barunya.

Sejak beberapa bulan lalu dia dikaitkan dengan pelakon bermasaIah, Jonathan Rhys-Meyers, yang berlakon bersama-samanya dalam filem Belle du Seigneur.

Dia juga dikatakan rapat dengan bekas jurugambar perang, Scott Douglas yang bercerai dengan artis, Tracey Emin tahun lalu selepas tujuh tahun hidup bersama.

Beberapa laman web Russia juga mendakwa Natalia semakin intim dengan pengarah televisyen Russia, Andrey Boltenko. Dakwaan itu sebelum ini dianggap karut.

Dan yang terbaru, dia dikaitkan dengan pakar kewangan, Alexander Peshko.

Keretakan pada rumah tangga Natalia dan Portman mula berlaku pada akhir 2009.

Jelitawan itu menghabiskan musim perayaan di Antigua sementara Portman pula memberi lebih banyak tumpuan pada rumah mereka di Punta del Este, Uruguay, mengawasi pembangunan tempat percutian baru.

Sumber ketika itu mendedahkan bagaimana kecewanya lelaki itu tanpa orang disayangi di sekelilingnya. Dia menyambut Krismas bersendirian dan amat merindui Natalia dan anak-anaknya.

Natalia kini hidup kaya raya, jauh berbanding dengan kemiskinan yang dilaluinya di Gorky, sebuah bandar pendalaman yang kini dikenali sebagai Nizhny Novogorod, di Russia.

Ketika berusia belasan tahun, dia membantu ibunya menjual buah-buahan di tepi jalan dan kemudian mendirikan gerai sendiri, berkongsi dengan seorang rakan.

Pada usia 15 tahun, Natalia menyertai sebuah akademi modeling dan dua tahun kemudian menjadi model untuk Viva Models di Paris.

Sejak itu dia muncul sebagai antara supermodel paling berjaya di dunia.

Tidak hairanlah dia dikenali sebagai Cinderella Russia di negaranya sendiri dan tahun lalu, Natalia meraih pendapatan lebih ?2.5 juta, menjadikannya model berpendapatan paling tinggi.

Dia berkahwin dengan Portman pada November 2001 di London.

Pada September 2002, mereka mengadakan jamuan tiga hari berturut-turut di St Petersburg.

Hugh Hefner sudah ada Anna Sophia Berglund

July 4th, 2011 No comments

SESETENGAH orang berpendapat cara terbaik untuk mengatasi perasaan akibat putus cinta ialah keluar berparti bersama rakan.

Bagi Paris Hilton dan Hugh Hefner yang baru mengalami putus cinta, kedua-duanya dilihat sibuk berparti di rumah agam Playboy atas alasan tersendiri.

Mereka menghadiri parti tahunan ke-6 Kandyland bagi membantu mangsa bencana di Jepun.

Pengasas Playboy berusia 85 tahun itu berpelukan dengan teman wanita baru, Anna Sophia Berglund, 25, yang membuktikan mengapa dia dipilih apabila tampil dengan pakaian yang menarik perhatian pengunjung.

Kasanova tua itu menulis tentang teman wanita barunya: “Dengan pemergian Crystal, Anna adalah wanita idaman saya. Dia satu dalam sejuta.”

Cukup aneh kerana Hefner mengakui teman wanita barunya itu adalah rakan baik kepada bakal pengantinnya yang melarikan diri.

“Dia adalah rakan baik Crystal.” tulisnya lagi.

Sementara itu, Paris Hilton yang menghadiri majlis berkenaan tampil dengan pakaian kebudak-budakan untuk usia-nya yang semakin meningkat dewasa, manakala tumit tinggi yang dipakainya pula nampak aneh.

Ketika episod akhir program realiti TV, The World According to Paris, pewaris takhta rangkaian perhotelan itu bertengkar de-ngan bekas teman lelakinya, Cy Waits di mana dia menampar wajah Waits.

Walaupun mereka berbaik semula pada akhir rancangan yang difilemkan beberapa bulan lalu, Paris mengesahkan bahawa dia kini sudah putus hubungan dengan Waits.

Paris, mula-mula berpacaran dengan Waits pada musim bunga 2010, sejurus selepas berpisah dengan bintang TV Douglas Reinhardt.

Namun, Pengurus Kelab Las Vegas terbabit, berkata dia kurang selesa dengan kehidupan yang menjadi tumpuan ramai dan keadaan itu menjadi punca utama perpisahan mereka.

Paris yang sudah pun mempunyai 17 produk jenamanya turut mendedahkan dia merancang untuk membuka hotel dan kelabnya sendiri.

“Saya sedang berusaha untuk membuka hotel dan kelab saya sendiri. Ia masih dalam proses,” jelasnya.

Tetamu lain yang turut menghadiri majlis amal di rumah agam Playboy itu ialah kembar Kristina dan Karissa Shannon.

Kembar itu dilaporkan sudah berpindah semula ke kediaman Playboy untuk lebih rapat dengan Hefner sejak dia ditinggalkan Crystal.