Archive

Archive for the ‘Entertainment’ Category

Seramai 4.2 Juta Tonton AJL25

January 13th, 2011 No comments

Seramai 4.2 Juta Tonton AJL25

Hafiz memenangi tempat ketiga dan vokal terbaik menerusi lagu ‘Nokhtah Cinta’ dalam Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) pada Ahad lalu.

PETALING JAYA: Stesen televisyen TV3, mencatat sejarah pada bulan Januari 2011 apabila Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) yang disiarkan malam Ahad lalu mencatat jumlah penonton tertinggi iaitu seramai 4.2 juta orang.

TV3 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Rabu berkata, laporan menerusi AGB Nielsen turut mencatatkan seramai 83,764 orang mendaftar untuk kemudahan live streaming menerusi dalam talian menonton siaran eksklusif karpet merah, di sebalik tabir dan keseluruhan majlis anugerah.

Jumlah itu juga menunjukkan kenaikan sebanyak 14.34 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2010. Ia merupakan rekod terbaik live streaming untuk kumpulan Media Prima secara keseluruhan.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 20 peratus penonton dicatatkan terdiri daripada pelayar-pelayar laman sesawang dari luar negara seperti United Kingdom, Jepun, Indonesia, Singapura, Mesir dan banyak lagi.

Antara gimik yang dilakukan Faizal Tahir (kiri) dalam AJL25 Ahad lalu yang mendapat jumlah penonton tertinggi iaitu seramai 4.2 juta orang.

Dalam masa yang sama AJL25 juga berjaya mendapat sebanyak 1.4 juta pelayar yang mengikuti perkembangan terkini melalui laman sesawang rasmi TV3 pada hari Ahad dan tempoh selepas tamatnya majlis.

Manakala laman sosial Facebook rasmi stesen televisyen itu pula meraih sebanyak 1 juta pelayar sepanjang siaran berlangsung sementara laman sosial Twitter yang dibuka pula mencatatkan sebanyak 13 ribu pesanan Twitter berkaitan anugerah itu serta untuk artis yang bertanding.

AJL25 yang dipancarkan dari Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu memberi tuah kepada penyanyi Ana Raffali selepas dia diumumkan sebagai pemenang Juara Lagu menerusi lagu nyanyian dan karyanya, Tolong Ingatkan Aku.

Hugh Hefner usia 84 tahun bertunang model 24 tahun

December 27th, 2010 No comments

Hefner usia 84 tahun bertunang model 24 tahun

HUGH HEFNER dan teman wanitanya, Crystal Harris menghadiri majlis tayangan perdana Iron Man 2 di pawagam El Capitan di Los Angeles pada 26 April lalu.

HUGH HEFNER dan teman wanitanya, Crystal Harris menghadiri majlis tayangan perdana Iron Man 2 di pawagam El Capitan di Los Angeles pada 26 April lalu.


CHICAGO – Pemilik majalah bogel Playboy, Hugh Hefner, 84, mengumumkan bahawa dia akan berkahwin dengan teman wanitanya yang merupakan seorang model, Crystal Harris, 24, setelah mereka bertunang, lapor sebuah akhbar semalam.

“Selepas menonton filem malam ini (kelmarin), saya dan Crystal bertukar-tukar hadiah. Saya memberinya sebentuk cincin. Hari menjelang Krismas yang penuh bermakna,” kata Hefner melalui Twitternya kelmarin.

Komen terbaru melalui Twiiternya mengenai lamarannya itu menyatakan: “Ketika saya memberi cincin itu kepada Crystal, dia menitiskan air mata. Hari Krismas yang paling indah”.

Tunang Hefner, Crystal turut meninggalkan komen ringkas di Twitter dengan menyatakan: “Krismas yang paling bermakna”.

Hefner turut memberi penjelasan lanjut mengenai komen-komen yang dibuatnya dan Crystal di Twitter berkaitan pertunangannya itu.

“Ya, cincin yang saya berikan kepada Crystal adalah cincin pertunangan kami. Saya tidak berniat untuk menimbulkan tanda tanya. Selamat Hari Krismas kepada semua,” kata Hefner di laman sosial Twitter. – Agensi

Perkahwinan Marion Rose Counter, SM Nasarudin

December 26th, 2010 No comments

Tak kecoh pun, meriah juga

Perkahwinan Marion Rose Counter, Gamabar Kahwin SM Nasarudin

PASANGAN pengantin (berbaju putih) dalam rakaman gembira bersama pengiring dan sebahagian ahli keluarga.

JOYAH mengakulah Joyah tak dapat jemputan pernikahan mereka. Maklumlah, hanya krew E-News sahaja media yang dibenar membuat liputan majlis pernikahan Marion Rose Counter dan suaminya yang kacak lagi kaya itu, SM Nasarudin.

Joyah memang kagum sangat dengan pasangan ini. Masa bercinta tak adalah sekecoh mana. Diam-diam saja, dah beberapa bulan lagi bernikah barulah heboh dalam media mengenai hubungan mereka. Ha, macam tu baru betul.

Ada anak orang kaya yang bercinta dengan artis bagai nak rak, tapi sampai sekarang tak kahwin-kahwin juga. Si artis duduk tayang ke hulu ke hilir kekasih kayanya itu, sampai semua orang sudah naik muak dengan sikap menunjuk-nunjuk dan berlagaknya itu. Ada yang kata, nampak sangat artis tak ada kelas, dapat ikan besar sikit, heboh nak tayang satu dunia.

Tapi berbeza dengan Marion yang pandai menjaga nama baik keluarga SM Nasa yang kini sudah sah menjadi suaminya.

Maknanya, dia boleh berdiri sama tinggi dengan aristokrat yang juga pewaris syarikat permotoran terkemuka itu.

Kata SM Nasarudin, dia memilih Marion sebab sepanjang lima tahun berkawan, wanita itu tidak pernah meminta apa-apa hadiah daripadanya.

“Kereta ‘free‘ pun dia tak pernah minta,” demikianlah rahsia yang dipecahkan oleh SM Nasarudin dalam majlis persandingannya di sebuah hotel ternama.

Marion juga mendedahkan bahawa SM Nasarudin adalah kekasih pertamanya dan bersyukur sebab mereka akhirnya berkahwin juga.

Sudah kahwin baru semua rahsia cinta dikongsi dengan masyarakat. Itu baru betul. Semoga kekal bahagia sepanjang kehidupan mereka. Joyah yakin, mak mentua pun akan sayang kalau dapat menantu yang elok macam Marion ni. Cepat-cepat dapat anak ya Marion.