Home > Berita Hiburan > Faizal Tahir masalah kesihatan

Faizal Tahir masalah kesihatan

December 31st, 2010 Leave a comment Go to comments
Faizal Tahir tak sihat
Faizal Tahir

FAIZAL TAHIR: Walaupun masih belum pulih sepenuhnya daripada masalah kesihatan yang membelenggunya, penyanyi pujaan ramai Faizal Tahir berjaya melakarkan pencapaian 2010 yang layak untuk dipaparkan.

Kejayaan bapa kepada tiga anak ini bermula apabila dia berjaya menduduki tempat ketiga pada malam Anugerah Juara Lagu 24 (AJL24), 10 Januari lalu menerusi lagu Bencinta.

Kegemilangannya dalam muzik diteruskan apabila album kedua iaitu Adrenalin dinobatkan sebagai Album Terbaik dan Album Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17), 2 Mei lalu, sekalipun album itu belum dilancarkan apabila pertandingan berlangsung.

Faizal akan meneruskan kemaraannya pada 2011 ini apabila bakal beraksi di pentas AJL25 menerusi dua lagu Selamat Malam dan Hanyut pada 9 Januari depan.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.